49: Ending [OLD VER.]

42 5 0
                                    

Alang-alang chapter last, kita kasi panjang sikit :)

Chika's POV

"Wau, hebat ah Chi sekarang. Dulu takat lukis permandangan pantai dengan petak sawah dekat kertas A4 je. Sekarang dah boleh lukis satu dinding." puji Junho dengan kagum. Senang hati aku dengar pujian dia.

Kembang semangkuk kau. 

"Fufufufufu tengok tangan ah. And extra credit to my friends."

"Kawan-kawan tu yang empat orang perempuan tu ke?" soal Junho.

Geleng, "Tak. Ni kawan yang tujuh orang lelaki tu. Walaupun susah nak kawal nakal diorang sempat jugak mural ni siap."

"Baguslah Chi dapat kawan yang baik macam tu," senyuman tulus terlakar di bibir Junho, tangannya naik ke ubun-ubunku lalu dibelai dengan lembut beberapa saat."Chi membesar dengan baik. Oppa bahagia untuk Chi."

Panggil Chika, "Oppa. Rasanya ada peluang tak appa nak bagi Chi ambik aliran seni masuk universiti nanti?"

Junho berfikir-fikir sebentar.

"Oppa rasa ada kemungkinan besar appa akan benarkan. Lagipun pak cik tua tu dah tak ada sebab nak bantah, kan. Alah, semangat! Bila-bila masa bincang dengan dia elok-elok. Nanti oppa back up." ujar anak sulung itu dengan bersungguh-sungguh.

"Boeekk!"

Kedengaran derapan kaki yang membuatkan aku berkalih kepada dua orang yang menghampiri kami. Pada mulanya aku tersenyum nampak Taehyung tapi kemudiannya senyumanku pudar memandang Yuna yang berada di sebelahnya.

"Hei, adik ipar. Oof—" perut Junho dengan pantas aku siku.

Aku mendesis ke telinganya, "Behavelah oppa."

Dikerling Taehyung yang kelihatan malu-malu dengan gelaran adik ipar. Tengah beranganlah tu.

"Hi, hyung. Bila sampai?" tegur Taehyung.

"Erm, baru je. Hyung singgah nak tengok karya budak ni ha. Eh, betul ke ni idea dia? Ke ada antara kamu yang sumbang lebih dalam projek ni?"

"Amboi, amboi, sedapnya mulut tu tuduh orang curi idea. Semuanya datang dari kepala otak Han Chika tau. Don't underestimate me." aku menunjukkan kepala aku kepada Junho. Boleh pulak dia kata aku curi idea orang.

Junho tak berupaya menahan tawa, "Chi ni gurau pun tak boleh. Oklah, I need to go back to the office. Naya kalau appa marah nanti."

"Oh, sekejapnya." aku bersuara agak terkejut. Tapi nak buat macam mana memang aku ganggu waktu dia pun, "Kalau macam tu jomlah saya hantarkan sampai ke kereta."

"Eh, tak payahlah. Lagipun ni Taehyung dan adik ni datang mesti nak jumpa Chika kan? Nanti kita jumpa dekat rumah. Tata!" dengan begitu saja Junho mengangkat langkah pergi. Aku, Taehyung dan Yuna yang diam-diam mengikut kami berdua melambai ke arahnya.

"Tata!"

Kelibat Junho hilang tak lama kemudian. Setelah itu baru aku memandang semula Taehyung dan Yuna.

"Korang datang nak jumpa aku ke?"

"Buka aku. Dia." sempoi Taehyung menolak Yuna supaya mara ke hadapan.

"Oh, pasal apa?"

Yuna berpusing kepada Taehyung, "Kau pergilah sana. Dah janji nak bagi aku cakap sorang-sorang dengan dia, kan?"

Dengan langkah berat akhirnya Taehyung bergerak dari tempat dia berdiri. Tatkala dia melintas sebelah aku, satu senyuman tipis diberi.

"Aku tunggu dekat khemah tau."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 24, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Skinny LoveWhere stories live. Discover now