KELAS AKU DAN TAEHYUNG bersebelahan. Dia budak kelas 3-1: kelas budak pandai. Kebanyakan kawan-kawan dia pun dari budak kelas depan. Kenallah sikit aku dengan mereka tu.
Satu benda yang aku dapat sejak berkawan dengan mereka ni, rata-rata semua jenis masuk air. Ada saja karenah. Si Ilsu terutamanya, si penghibur dalam kumpulan, asyik buat lawak tak kena tempat. Kadang-kadang termasuk dengan gaya lagi. Tapi tak pernah tak gelak aku dengan lawak dia.
Setiap hari Rabu dah jadi macam rutin. Mama mula suruh aku duduk dalam bilik guru sepanjang dia mesyuarat. Baguslah. Dekat luar kadang-kadang bukan main bahang. Bosan pulak tu. Dekat dalam bilik guru boleh main laptop mama hahaha.
Tengah seronok aku layan video dekat youtube, tiba-tiba ada orang ketuk pintu dari luar. Terus aku pandang pintu tu, tunggu sesiapa yang nak masuk. Tak lama kemudian muncullah kepala Taehyung di sebalik pintu terbuka separuh.
"Ehe." Menyengih.
Aku tau dah dia nak apa apabila dia dah serupa kerang busuk tu. "Ya?"
"Nak masuk boleh?" soalnya sipu. Tersangatlah acah malu-malu kucing walaupun ni sudah masuk kali keberapa dia datang hari-hari begini. "Panaslah luar tu." itulah juga yang diberi alasan setiap hari Rabu.
"Hmm. Masuklah."Aku baru saja nak tekan space bar untuk sambung tengok video, apabila aku terdengar suara kedua lalu mata aku balik ke pintu, lagi tepat lagi kepada budak tinggi yang sekarang ada di belakang Taehyung.
"Yo!" Matlip mengangkat tangan dengan senyuman menampakkan barisan gigi.
Muncul pula orang ketiga di belakang, berkaca mata dan kurus kering. Muka poker aku tadah melihat tiga ketul itu. Dah macam We Bare Bears aku tengok.
"Kyuu..." aku memusingkan badan ke arah pintu. "Kenapa kau tak naik bilik guru atas ja?"
Ayah sendiri dah ada meja di atas nak duduk di bawah.
"Peraturan baru sekolah: Anak-anak cikgu tak dibenarkan lepak di bilik guru atas. Aku selalu nampak Taehyung lepak sini, tu yang aku nak join tu." jelasnya dengan optimis.
Nak join? Aku menjeling Taehyung tajam. Bertambah tersengih dia sambil melarikan pandangan. Amboi, ikut suka hati dia ja bawa geng!
Tapi diri aku seorang yang cepat kesian. Akhirnya aku benarkan saja mereka masuk.
Mereka menarik kerusi berdekatan dan melabuhkan punggung di belakang aku. Taehyung menyandar ke hadapan, melihat skrin yang sedang diskrolkan. Aku boleh rasakan kehadiran kepala dia di sebelah. Kalau aku pusing ke kanan, mungkin jarak antara dia dan aku hanya kurang satu kepala.
"Ke sana sikit." kata aku kepada Taehyung dan dia menganjak sedikit tanpa banyak songeh. "Nak tengok apa?"
Aku mengheret kursor dari thumbnail ke thumbnail. Aku sendiri tak tau nak buat apa sebenarnya. Dari tadi aku stream discography Taylor Swift ja pun.
"Ikut kaulah." balas Taehyung mudah seperti biasa. Sejak dulu memang dia melayan ja apa yang aku pilih.
"Matlip?"
"Entah."
Kami bertiga memaling ke arah Kyuu pula, menunggu cadangan darinya supaya kami dapat cepat bergerak ke aktiviti seterusnya.
YOU ARE READING
Skinny Love
Fanfiction"Peek from a distance, will I lose you, if I touch your hand?" Hati aku sangat kecil, bahkan hampir tidak kelihatan. Jadi katakan kepadaku, wahai kamu, bagaimanakah hati sekecil ini mampu diletakkan kesedihan yang sebegitu besar? Dan merek...