15 [OLD VER.]

130 14 5
                                    

Yes, I'm still alive. Kadang-kadang aku lupa diorang ni sepatutnga umur 15 tahun 🐒

RABU.

Aku dan Nara awal-awal lagi menunggu Cikgu Mae di kerusi bangku di hadapan bilik guru. Aku berkeputusan untuk guna beg tote hari ni. Dibawa sekali kotak pensel lengkap basic alat tulis, beberapa batang pen melukis yang aku selalu guna dan pensel warna. Cukup rasanya bawa ni saja. Nanti takut hilang bawa alat lukisan aku yang mahal-mahal tu ke bengkel.

Sementara menunggu Taehyung dan Jungkook untuk muncul, aku sekadar sertai Nara melayan apa-apa sahaja yang ditontonnya melalui telefonnya. Nanti dia pasang stage performance kpop, lepas tu video orang melukis, dan kemudian mukbang pula. Random sungguh pilihannya. Aku pun melayan tanpa berbunyi di mulut tetapi di perut.

Dalam 15 minit macam tu menunggu, akhirnya kelibat dua jejaka yang dinanti kelihatan meluru dari arah blok akademik. Hari ini, Jungkook tampil santai dengan jaket diikat di pekeliling pinggang. Manakala Taehyung walaupun berpakaian sekolah normal tetap nampak handsome di mata aku.

"Yo! Selamat pagi." tegur mereka.

"Selamat pagi."

Lelaki berdua itu mengambil duduk di meja batu bersebelahan kami. Terpusing-pusing kepala Jungkook seakan mencari seseorang.

"Mana cikgu?"

"Belum muncul lagi. Ada dekat bilik guru lagilah kot."

"Korang dah lama tunggu?" Jungkook berbasa-basi. Kali pertama aku dapat berinteraksi dengan dia sejak hari pertama bergelar rakan satu batch.

Kalau korang nak tau, ramai lagi yang aku tak pernah berinteraksi macam kes Jungkook ni.

"Baru ja."

"Dah sarapan?"

"Dah."

Jungkook angguk. Puas hati.

"Eh, korang bawak apa ja nak pergi bengkel tu?"

Nara menjawab, "Pensel, pensel warna dan pen."

"Sama." Aku berkata apabila nampak dari lagaknya Jungkook mahukan jawapan dari aku juga.

"Kenapa?" soal Nara pula, "Kau tak bawak apa langsung ka nak pergi sana?"

"Uish! Teruk sangat tu tak bawak apa-apa." Jungkook kelihatan terasa dengan tuduhan Nara. "Saja nak tau kalau korang ada bawa watercolor sekali. Sebab aku tak. Kotlah aku seorang ja tak bawak tak ka ganjil begitu?"

"Kau bawak, Taehyung?"

"Tak. Kan dah kata dalam borang kita akan dapat sorang satu kotak dekat sana?"

"Itulah yang aku fikir." Jungkook membetulkan posisi duduk di kerusi, seperti dia tak selesa duduk diam. Dia merenggang.

"Ha, tu pun cikgu."

Serentak tiga kepala yang lain memandang arah sama kepala Taehyung meneleng. Cikgu Mae dilihat dari jauh sedang berjalan ke sini dengan kunci kereta yang dimain-main di jarinya.

"Selamat pagi semuanya. Amboi, awal korang tunggu noh? Tak sabar nak ponteng kelaslah tu." usik cikgu. Buat-buat tak faham pula perangai anak murid dia empat ekor ni.

Kami tersengih. Memang itu alasan utama hakikatnya.

Kantoi sudah. "Malas nak menipu, alah cikgu ni."

"Kita naik guna apa, cikgu?" aku mencelah untuk menyoal. Bukan apa cuma dari tadi aku perhati tak ada nampak pun batang hidung pakcik van dan van putih dia tu.

"Naik kereta cikgu. Van tak available hari ni. Boleh, kan?"

"Boleh sangat, cikgu."

Kami berempat mengikut Cikgu Mae dari belakang ke keretanya di tempat parkin. Kereta Persona berwarna koko metalik.

Skinny LoveWhere stories live. Discover now