25 [OLD VER.]

86 8 4
                                    

CHIKA POV

Sedang aku kerah otak sampai boleh perah sebaldi untuk idea buat mural dalam telefon, fokus aku terganggu bila Jiwon berkali-kali mengeluh.

"Wae? Dari tadi mengeluh. Putus cinta ke apa?"

Triggered, Jiwon menjeling dekat aku. Aku jelirkan lidah ala-ala comel innocent gitu.

"Pabo. Kau merepek apa, gila? Memang aku couple pun."

Adey, anak pakcik Kang dah marah. Kang dia bagi penyepak karang.

"Gurau-gurau. Kau tengok apa tu sebenarnya?"

Aku mengensot ke tepi untuk tengok majalah yang ada dekat tangan dia. Sikit-sikit dia menyelak selepas sekilas pandang, sis macam tak nak baca ja sis. Kasar pelik kau selak.

"Majalah apa?" tanyaku.

Jiwon mengangkat cover depan buku sambil tayang muka menyampah tambah paksa. Macam benda tu jijik sangat. Aku terpaksa mengensot kedepan lagi untuk tengok betul-betul sebab dia punya nak bagi aku tengok sampai kena letak pipi atas mejalah. Terdesak punya pasal.

"Majalah fashion." Jiwon menjawab.

"Wei, jarang sekali kamu! Nak buat apa der?" Minha menyampuk, dia angkat punggung dan bersesak di antara kami berdua.

Jiwon tayang muka yang mengatakan; macamlah aku bukan perempuan.

"Salah ke? Aku ingatkan nak berpenampilan perempuan sikit waktu hari fesrival sekolah tu nanti, aku kan kena jadi penarik tetamu. Heloks betul aku dapat kerja ni. Dasar." ngomel Jiwon, dia menghempas majalah tu dengan geram sebelum sambung menyelak muka surat demi muka surat.

Kang Jiwon bersolek? Dia bergaya macam perempuan abad ke-21 yang lain?! Ni detik bersejarah wei, tak boleh bawak main. Tobat kena tangkap gambar Jiwon hari tu. Kalau boleh, kena rasuah budak legasi suruh buh gambar Jiwon dalam buku legasi tahun depan sekali.

Uwehehe.

"Aku pulak kena uruskan pertandingan memasak. Ergh, perit betullah. Tang mana pulak aku kena cari senduk, periuk kera, belanga bagai?" Minha turut menyerabutkan rambut dalam kekusutan.

"Sapa suruh kau masuk?"

"Dey, ingat aku saja nak jadi AJK bahagian tu? Ingat bonda sayang kita tu tak mengamok??? Punya dalam banyak-banyak orang, dia pilih aku jugak jadi ketua. Eheh memang aku rela," dengan penuh dramatik Minha menflipkan rambut, "Bertuah betul aku jadi anak murid Geo dia."

Sendu.

Anak murid penyelaras punya pasal, semua benda cikgu nak rely dekat kitorang. Macam tak ada budak kelas lain cikgu nak pilih.

Aku melirik mata ke tempat duduk Suyeon, masih kosong. Selalunya dia yang awal.

"Mana Suyeon? Jarang lambat dia tu." aku memandang Minha, dia angkat bahu tak tahu.

"Eh, aku rasa aku ada dapat mesej tadi. Kejap eh," Minha mengeluarkan telefon dari poket, dia buka wassap, "A'ah. Ada mesej dari dia. Hmm...ouh...patutlah..."

Aku tiba-tiba tergerak hati untuk tengok ke luar kelas, jadi tanpa berfikir panjang aku buatlah. Serius. Aku menyesal sebab tu.

Itzy detected.

"Jiwon, Jiwon. Tunduk kepala," Aku menepuk-nepuk tangan Jiwon dengan cemas, mata tak lucut lagi dari memandang lima orang tu berjalan di coridor.

"Malapetaka datang. Jam 10."

"Mwo- ouh cit."

"Wei, Suyeon kata dia demam-"

Sebaik saja Minha angkat muka dan hampir nak buka mulut, aku dan Jiwon pulak yang hempas muka ke meja. Selang-seli Minha memandang kami berdua dengan muka pelik.

Skinny LoveWhere stories live. Discover now