[2013, lapan tahun yang lalu]
AKU TAK INGAT TARIKH sebenar aku mula bersekolah di Daegu. Tapi yang pasti, hari itu ialah hari Ahad.
Ini merupakan sekolah ketiga aku sepanjang hidup bergelar seorang murid. Sekolah pertama di Jeju, dan selepas darjah 2 aku berpindah ke Busan kerana hal kecemasan. Dan akhirnya mengikut mama ke Daegu. Dia sebagai cikgu bahasa Inggeris baharu di sini.
Sambil menunggu mama selesaikan perihal permindahan aku di luar pejabat, aku pasang telinga mendengar suara riuh dari blok akademik. Jari bermain-main dengan pintalan hujung kain dengan rasa gemuruh bersarang dalam dada. Semakin aku mengambil kisah, semakin bertambah rasa gemuruhnya.
Bisingnya, rungut aku dalam hati, Nak balik.
Sepatutnya sekarang aku dah biasakan diri dengan tempat baru tapi, jelas aku masih rasa gemuruh.
Engsel pintu pejabat berbunyi. Aku serta-merta bangun dari kerusi melihat mama akhirnya muncul semula bersama kerani perempuan di sebelahnya.
Mama membongkok di hadapan aku, lalu dia berkata, "Hwa ikut cikgu, ya?"
Hampa. Aku fikir dia nak bawak aku sampai ke kelas.
"Nanti selepas habis sekolah, turun groundfloor dan jumpa mama dekat bilik guru dekat bawah. Ok?" pesannya sambil menunjuk jari ke bawah. Jauh di sudut hati aku ingin katakan aku tak mahu dia tinggalkan aku dengan kerani ni tapi, mulut mengkhianat badan dan aku hanya mengangguk akur.
Kemudian, kami berpisah. Cik kerani segera bawa aku ke kelas 3-2 di Block B. Kedatangan kami mengganggu sesi pembelanjaran yang sedang berjalan ketika itu. Aku boleh rasakan pandangan ingin tahu bakal rakan sekelas aku ni.
"Cikgu, ini ada pelajar baru." beritahu cik kerani.
"Oh, pelajar baru! Terima kasih ya, cikgu. Kamu, silakan masuk."
Dan aku akur juga.
Berbisik-bisik. Telinga aku sensitif betul dengan bunyi. Sensitif untuk tahu apa yang mereka bisikkan. Mengisi minda aku dengan pelbagai jawapan.
Meja guru ditepuk beberapa kali untuk mengambil perhatian para murid. Aku sempat mengerling tag nama Cikgu Song sebelum dia membuka mulut lagi selepas itu untuk memberi sepatah dua kata tentang aku. Sementara tu, hati kecil aku menunggu dengan gemuruhnya, suara-suara halus bermantera dalam fikiran.
Setiap rasa tidak yakin pada diri sendiri tiba-tiba muncul ke permukaan, dan aku lemas dengan harapan agar aku tidak akan memperbodohkan diri sendiri dengan ucapan aku.
"Dan sekarang kita minta kawan baru kita ni ntuk memperkenalkan diri dia."
Tak guna.
Otak aku mati dan segala yang dahulunya begitu mudah untuk aku kongsikan dilupakan.
"Hi, saya Han Hwayoung, dan saya..." Apa? Takut? Gugup? Nak menangis? "...saya dulu bersekolah di Sekolah Kebangsaan Yongsun. Selamat berkenalan." Itu saja. Mereka tak perlu tahu banyak. Kalau mereka nak kenal aku dengan lebih lagi, selepas ni boleh tanya banyak lagi sebagai seorang kawan.
Senyap seketika. Kemudian disambut bisikan. Oh, tolonglah jangan tanya soalan.
"Ok. Ada sesiapa nak tanya soalan?"
Tak.
"Kalau tiada, Hwayoung, saya ucapkan selamat datang ke Sekolah Kebangsaan Big Height. Yang lain, sila berbaik dengan Hwayeong dan kenalkan dia dengan luar dalam sekolah." Cikgu Kim berkata dan menyambung, "Hwayoung boleh ambil tempat duduk di belakang. Buka buku teks Sains muka surat 21."
YOU ARE READING
Skinny Love
Fanfiction"Peek from a distance, will I lose you, if I touch your hand?" Hati aku sangat kecil, bahkan hampir tidak kelihatan. Jadi katakan kepadaku, wahai kamu, bagaimanakah hati sekecil ini mampu diletakkan kesedihan yang sebegitu besar? Dan merek...