LMAO aku lupa mak perempuan ni japanese 💀 So dalam pt2 nama ganti diri dia okāsan tau bukan eomma dah. And aku guna basic sistem 6-3-3-4 persekolahan korea, maksudnya diorang ada 3 tahun menengah rendah, 3 tahun menengah atas :) bosan chapter ni lol
*3rd person pov
◦
BIRU LANGIT TERBENTANG tanpa sebarang awan menyelubung. Beberapa burung sedang hinggap di dahan pokok berdekatan, menyanyikan sebuah lagu girang. Gaya macam nak mengejek hati gadis yang berada di situ. Suram tidak terkutik hatinya. Kontra dengan alam semula jadi yang ceria.
Mungkin kerana sekarang dia berada di sekolah.
Bermulanya hari ini bersaksikan burung-burung, seorang Han Chika akan bergelar pelajar junior di Sekolah Menengah Bang Si.
Al kisahnya beberapa bulan yang lepas selepas tamat pengajian darjah 6 dia mula meluangkan cuti di rumah nenek. Saudara mara lain pun ada sekali, kecuali okāsan dan appa. Mereka berdua terpaksa stay back sebab hal kerja.
Satu hari, tengah seronok berkelah bawah pokok redang berdekatan reban ayam halmeoni Chika menerima panggilan daripada okāsan, Puan Shiori. Katanya, dia ditawarkan ke sekolah ni. Pada mulanya dia tak nak pun datang, tapi dah mengenangkan dia tak ada pilihan lain jadi tahu saja mulut dah menerima. Dia tak nak bergaduh dengan Puan Shiori hanya disebabkan pilihan sekolah.
Sekolah Menengah Bang Si ialah antara sekolah top 100 di Korea, khas untuk sesiapa yang mahukan higher education selepas sekolah menengah. Selalunya selepas tiga tahun, budak lepasan tingkatan 3 dari sekolah semasa perlu cari sekolah baru untuk sambung tingkatan 4. Tapi uniknya sekolah ini, pelajar lepasan mereka akan diberi peluang untuk sambung di sini ataupun diberi alternatif lain, iaitu berpindah.
Dengar cerita ramai yang teruskan pengajian di sini selama enam tahun kerana masa depan yang terjamin. Pelajar keluaran Sekolah Menengah Bang Si rata-rata terdiri daripada graduan yang berjaya sehingga melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Dan faham sangat dengan perangai Puan Shiori, nampak gayanya tak ada peluang Chika nak pindah sekolah selepas tingkatan 3.
Chika memulakan langkah memasuki dewan. Pertama, dia kena daftarkan nama. Kawasan dewan itu penuh dengan para pelajar yang baru tiba. Riuh-rendah. Ada yang datang dengan keluarga dan ada juga yang kelihatan datang berseorangan sepertinya. Dia menyelitkan diri ke dalam barisan untuk mendaftar diri. Peluang diambil untuk mencari mana-mana muka yang dia kenal.
Muka-muka asing.
Banggunan yang ramai dengan orang buat dia tiba-tiba rasa sesak.
Nak balik.
Chika mula bermain dengan jari, keresahan mula meniti di bibir.
Han Chika...Han Chika...Han Chika...
Sampai giliran dia, dia dijemput oleh seorang senior perempuan di belakang meja pendaftaran. "Hi, selamat datang ke Sekolah Menengah Bang Si! Siapa nama awak?" tegur dia ramah.
Sebut nama. Han Chika.
"Han Chika." suara yang keluar kedengaran serak. Cepat-cepat dia mengigit bibir bawah. Menahan malu.
Ah, suara dia.
"Han Chika, ya. Sekejap eh..." senior itu terus menyelak helaian buku pendaftaran satu persatu.
'Han Chika'.
Suaranya.
Malunya...malunya...malunya...
YOU ARE READING
Skinny Love
Fanfiction"Peek from a distance, will I lose you, if I touch your hand?" Hati aku sangat kecil, bahkan hampir tidak kelihatan. Jadi katakan kepadaku, wahai kamu, bagaimanakah hati sekecil ini mampu diletakkan kesedihan yang sebegitu besar? Dan merek...