Aku nak habiskan buku ni around bab 40-45 huhu. Inshaallah.
•
"Han Junho-sshi?"
Mendengar nama sebenarnya disebut, langkah jejaka tersebut terberhenti. Dia berpaling ke belakang untuk menghadap Taehyung dengan pandangan mata terkejut. Dari riaknya itu, tahulah Taehyung dia tidak tersilap orang
Dah lama dia tak dipanggil dengan nama tu. 'Han Junho'. Nama tu membuatkan dia terimbas memori lama sebelum dia hidup berdikari dan jadi seorang guru tadika. Disangkanya Taehyung salah seorang orang upahan appanya yang dihantar untuknya lagi. Hatinnya rasa panas.
Arh, takkan appa masih tak menyerah kalah lagi? Dah banyak kali aku tolak jawatan ceo tu. Ni budak sekolah mana pulak dia upah?
Wanita yang merupakan kawan sekerja Junho itu bertanya, "Awak kenal ke budak ni?"
Junho tersenyum kelat lalu menjawab dengan jujur, "Tak. Adik, rasanya adik salah orang ni—"
"Chika," Taehyung tak teragak-agak untuk memotong, suara dia kedengaran terdesak, "Ini semua pasal Chika, adik encik. Nama encik Han Junho, kan?"
Dari mata Junho yang membesar apabila nama Chika disebut, Taehyung makin pasti dia tak tersilap orang. Tak sangka mereka berdua boleh bertemu. Memikirkan Chika sebagai pembakar semangat, Taehyung nekad untuk tidak pergi dari situ kecuali Junho sudi berbincang dengannya.
Sekejap pun takpa.
Air muka Junho cepat-cepat dikawal, dia tak akan mudah jatuh dalam kata-kata orang yang tak dikenali. Mana tau ni cara Encik Han untuk hasut dia balik rumah? Iaitu menggunakan nama oramg yang dia sayang?
Tapi... Kenapa aku rasa dia serius?
Muka jujur Taehyung direnung, rasa rindunya kepada Chika mula datang menyelubung hati sambil dia terkenangkan muka adik tirinya itu pada hari terakhir mereka berjumpa.
Masih lagi dia ingat pergaduhan antara dia dan Encik Han pada satu malam, dimana menyebabkan Chika terjaga dari tidur dan memeriksa bilik kerja appanya yang kedengaran bising pada tengah malam.
"Junho! Appa, tolonglah buat sesuatu. Janganlah bagi Junho pergi. Appa? Appa, tolonglah! Junho!!!"
Sakitnya hati apabila difikirkan balik pilihannya untuk meninggalkan rumah tersebut, sekaligus bermakna dia telah meninggalkan Chika.
Junho memandang So-hyun di sebelah, "Awak, mianhae. Tapi boleh tak awak balik dulu?"
Sambil tersenyum ikhlas, wanita itu mengangguk, memahami situasi yang sedang berlaku sekarang. Lagipun dia dah terbiasa dengan benda macam tu, sebab dulu pun ramai orang yang datang ke tadika hanya untuk berjumpa dengan Junho. Apapun dia tak berani nak menyibuk lebih. Selepas tu, So-hyun pun melangkah pergi ke kawasan parking .
Fokus Junho akhirnya tertumpu kepada Taehyung. Tangannya disilang paras bawah dada.
"Ya, saya Han Junho," katanya, "Awak ni siapa?"
•
Chika's pov
Aku. Cium. Lelaki.
L.E.L.A.K.I.
Dan lelaki tu Kim Taehyung???
"Argh, cakaplah ni semua mimpi semata-mata!!!"
Ya, Han Chika. Jeritlah sekuat yang kau nak. Seberapa banyak kali pun kau nak buatlah. Bagi satu kejiranan dengar pulak lepas ni, bagi heboh macam anak dara kena pinang.
Serius, serius kali ni. Macam mana semua ni boleh terjadi dalam masa satu hari?
Mula-mula aku kena panic attack, lepas tu aku terjaga dari mimpi, lepas tu nampak Tae, dan kami berpeluk, kemudian dia tiba-tiba kata dia suka dekat aku dan...dan tiba-tiba...
YOU ARE READING
Skinny Love
Fanfiction"Peek from a distance, will I lose you, if I touch your hand?" Hati aku sangat kecil, bahkan hampir tidak kelihatan. Jadi katakan kepadaku, wahai kamu, bagaimanakah hati sekecil ini mampu diletakkan kesedihan yang sebegitu besar? Dan merek...