22 [OLD VER.]

90 10 2
                                    

"..."

"..."

"..."

"..."

Seriuslah.

Aku rasa aku ajak seorang je, tapi macam mana pulak tiber ada dua orang pendatang asing ni masuk kereta aku?!

Aku pandang muka seekor-seekor, masing-masing duduk tak senyap dari tadi. Takut aku marahlah tu.

"Kau ingat lawak ke Kim Taehyung? Siapa bagi kebenaran dekat kau ajak dua ketul ni sekali?" aku pandang Tae, kemudian tunjuk si Jungkook dan Minha yang kemas berpakaian suit dan dress.

"Kau patut bersyukur ayah aku bagi korang ikut kalau tak tak taulah aku nak kata apa." aku menongkat dahi sambil mengurut ubun-ubun.

"Sorylah. Aku ingatkan kau tak kisah aku ajak diorang berdua. Lagipun aku dan kau taklah bosan sangat nanti." Taehyung cuba bagi alasan.

"Yah, kau ingat ni party suka-suka ke apa? Ni majlis sambutan syarikat ayah aku yang semakin kaut untung jelah. Lagipun party tu memang bosan pun." ngomel aku.

"Chika, kau tak payahlah marah V tu. Aku pun salah jugak sebab tak tolak pelawaan dia."

"Aku pun datang sebab V kata ada banyak makanan." kata Jungkook.

Mulalah imaginasi lelaki bernama Jeon Jungkook untuk meluangkan masa sorang-sorang di meja makan dengan berpenampilan kacak tuxedo merah.

Nasib baik sayang je kawan-kawan monyet aku ni. Kalau tak dah lama setiap hari aku smackdown, biar patah tulang.

"Yela-yela. Nanti korang jangan buat perangai pulak kat sana." aku bagi amaran keras, "Kalau tak aku tak akan hesitate untuk tarik korang balik rumah."

Tiga-tiga orang ni segera mengangkat tabik lalu berikrar akan behave.

Konon.

Sedang Jungkook dan Minha tengah perak dengan kemudahan di dalam kereta, aku perasan Tae tengah melirik mata dia memandang aku. Aku angkat kening, kemudian aku pandang dia dengan pelik.

"Kenapa kau ni?"

"Kau... cantik malam ni."

Okay, dia berjaya buat aku merah macam tomato serta-merta.

"Thanks." nak cakap pun macam tak kenal dah bahasa apa nak guna; jepun, korea, english... kau pilih.

"Kau pun nampak handsome gak harini."

Citernye nak cakap dekat diri sendiri je tapi...

"Hah?"

Tak sangka pulak kau terdengar! Wei malu!

Tae nampak terkedu terdengar pujian yang terkeluar dari mulut aku, lama-lama pipi dia jadi merah tahan malu. Wait- aku cakap berlebih sangat ke tadi?

"Ah ah, suit tu buat kau nampak dewasa. Aku hampir tak kenal kau yang comel tu. Kau dapat dekat mana?" aku pun gelabahnya gelaklah nak cover punya pasal.

Fail.

Tae tersenyum dengar kata-kata mengarut aku, alahhh.

"Comel ke?" dia menyengih, "Tak pernah pun kau cakap macam tu kat aku sebelum ni. Banyak-banyakkanlah puji aku lagi lepas ni eh?"

Damn, comelnya.

Aku hilang kata-kata. Setebal dinding aku rasa muka ni. Apa yang kau buat ni, Han Chika???

Kami datang dengan dua kereta; ayah dan isteri dia satu kereta dan kami berempat satu kereta.

Cahaya flash kamera terus mencurah kami berenam sebaik saja keluar dari perut kereta. Aku dah prepare tiga cermin mata hitam dari rumah untuk tiga orang yang kelihatan tak selesa ni.
Just in case.

Skinny LoveWhere stories live. Discover now