18 [OLD VER.]

105 11 0
                                    

SELEPAS TAEHYUNG DIHANTAR OLEH THE SEVEN ke bilik sakit, kami para pelajar lain diarahkan untuk kembali ke kelas untuk sesi pembelajaran. Aku tak sempat nak cakap apa-apa dekat Taehyung sebelum dia diangkut pergi. Lidah aku kelu, kaki aku kaku. Sudahnya, Nara, Jihyo, Sena dan Deiji datang jemput aku di tempat kejadian.

Pada tahun 2017 di bumi tak berapa terulung SMBS, datanglah dari negeri berbeza tujuh teruna kacak untuk menuntut ilmu. Akhirnya ketujuh-tujuh mereka menjadi sahabat maka lahirlah The Seven. Jeon Jungkook, Kim Namjoon dan Kim Taehyung ialah antara ahli The Seven.

Sekelompok pelajar yang terkenal dek personaliti mereka. Sebahagian daripada mereka adalah budak berdisiplin dan berakademik tetapi ada juga antara mereka yang nakal dan aktif. Bagi aku, mereka tidaklah teruk sangat. Cuma kadang-kadang darah muda tu suka buat masalah.

Ironinya sekarang, budak buat masalah pula dilanda masalah.

"Korang rasa Tae akan ok?" aku memecahkan kesunyian dalam perjalanan. Perasaan bersalah yang bersarang dalam dada masih tidak surut.

Nara mengangkat bahu. Aku tertanya macam mana mereka berempat nampak jauh lebih tenang berbanding aku yang sudah serupa cacing kepanasan. "Kami pun tak tau nak cakap macam mana. Kami tak ada waktu dia jatuh tu."

"Tapi kan, Sena tengok teruk jugaklah lebam kat kaki dia tadi. Besar!" Sena menambah. Bertambah rasa beban yang suda ada.

"Bukan ka diorang ada friendly match nanti?" soal Jihyo pula. "Tak silap aku ada budak hoki kelas aku tu sebut."

Terus satu badan terpusing ke arah Jihyo.

"Friendly match?" Aku pandang muka Jihyo tidak percaya, meminta pengesahan. Ataupun sangkalan yang aku harapkan terbit dari mulutnya yang sentiasa jujur?

"Seminggu dari sekarang..." sambungnya dan suara Jihyo meleret dengan tidak kepastian, "Kot."

Oh fuck.

"Wei, serius?" Sera menekup mulut, cubaan gagal untuk menutup suaranya yang naik satu oktaf. "Wei... kesian Taehyung. Tak dapat main hoki."

"Kalau betul seminggu lagi, tak sempatlah dia nak catch up dengan latihan hoki. Aku terseliuh Taekwondo tu pun ambik masa lama nak sembuh." ujar Deiji. Deiji pernah cedera di pergelangan tangan semasa latihan Taekwondo tahun lepas, sebulan sebelum kejohanan daerah. Walaubagaimanapun, dia tetap berjaya mendapat perak dalam acara sparring bawah 15 tahun.

Kami sampai di koridor tingkatan 3. Air liur keruh ditelan; Taehyung tak ada masa sebulan untuk sembuh seperti Deiji,

Aku bayangkan pergelangan kaki Taehyung yang ungu membengkak.

Aku bayangkan desihan yang keluar dari bibirnya semasa cubaan untuk bangun dari rebah.

Dan semuanya sebab aku. 

Kuso.

Kedua-dua lengan aku mula bergoyang kiri dan kanan dengan badan. Gelisah. Akar rambut lalu dicengkam sambil tertarik kepala kebelakang. "AAAAHHH MACAM MANA NI?!"

"Kalaukah aku tahu... kalaulah aku tahu benda akan jadi macam ni...aku tak akan lari guna tangga. Bodoh, macam manalah aku boleh cuai sangat!" marah aku. Belum selesai meroyan, dengan sekali pusing, aku merapatkan dahi ke dinding. Meroyan lagi di situ tak henti dengan bahasa-bahasa tidak dapat ditafsirkan keluar dari bibir.

"Macam mana ni..."

Taehyung selalu wakil sekolah dalam pertandingan hoki.

Aku pasti dia pun sepatutnya sama main dalam friendly match tu.

Skinny LoveWhere stories live. Discover now