[2015]
UNTUK KALI KEDUA, nama aku dipanggil Ahyeon dari luar kelas. Panggilannya jelas menunjukkan tanda penat menunggu terlalu lama. Mana taknya, jam sudah menunjukkan pukul 1.40 petang, patutnya kami dah ada dekat kantin 8 minit tadi.
"Apa lama betul mengemas barangnya pun. Wei, Chika, kau nak angkut semua barang dalam laci ka apa?"
"Jap, jap." sahut aku balik sambil tangan laju memasukkan pensel dan pembaris ke dalam kotak pensel. "Wei, pemadam aku hilang! Tunggu kejap aku nak cari."
"Pulak dah... Ha, cepat sikit!"
Kelam-kabut aku melutut tercari-cari pemadam bulat 1.5 cm aku itu di sekitar kaki meja. Ni kalau tergolek jauh-jauh memang aku give up cari.
"Gila. Berhabuk betul bawah meja aku ni. Ha, tu pun!" aku bangkit semula dengan pemadam dalam tangan. Aku sumbat semua barang di atas meja lalu mengorak langkah ke pintu dengan beg digalas belakang.
Kalut punya pasal aku tak perasan ada orang tengah membelok masuk dari arah kiri. Hampir-hampir kami berlaga di depan muka pintu. Belum sempat aku memproses mukanya pandangan aku dihalang oleh tuan empunya badan yang tinggi.
"Uish-" suara yang amat aku kenal menapa cuping telinga, membuatkan hati aku terlompat.
"S-sorry..." kepala masih tergantung rendah, aku segera mengangkat kaki menuju ke arah Ahyeon.
Dari hujung mata aku senyap-senyap menjeling kelibat Taehyung. Badannya membelakangkan aku. I can't help but notice dia lebih tinggi berbanding tahun lepas. Mungkin aku perlu mendongak kalai nak bercalap dengan dia.
"Taehyung makin tinggi do sekarang," tegur Ahyeon seakan dapat baca fikiran aku. Kami tengah berjalan beriringan menuju ke kantin. Dah macam rutin pergi ziarah makcik kantin ni. Dah boleh start bagi diskaun pelanggan tetap.
"Korang dah tak bersembang dah eh?"
"Tak."
Ahyeon mengangguk faham. "Patut jarang nampak dah budak tu dua menjak ni."
Kim Taehyung. Lama tak bersembang dengan dia tu. Tersenyum nipis aku teringatkan memori lama.
Aku tunggu. Aku fikir dia mungkin akan datang tegur aku dulu. Tapi kecewanya, hari tu tak pernah tiba.
So aku layan dia macam mana dia layan aku. Akhirnya jadilah macam sekarang.
Dan hari pun menjadi minggu, lalu menjadi bulan. Pejam, celik, pejam, celik; dah masuk tahun baru.
Aku sekarang pelajar tahun lima. Perlahan-lahan kekecewaan aku pun hilang bersama masa. Masing-masing ada kehidupan sendiri.
Patutnya aku lupakan dia.
Benda nak sedih sebab lelaki buat apa kalau kita boleh sedih tak hafal sifir, ye idok?
Kena pukul dengan cikgu matematik lagi tak siapkan kotak sifir dia. Murung.
Cikgu Jo namanya. Nama tengah Jo botak jambul.
Speaking of the devil, mata aku tangkap dia berjalan dari arah bertentangan. Dia dah pun mendekat apabila aku sedar kehadiran dia tu.
"Selamat tengah hari, cikgu."
"Oh, selamat tengah hari. Ish, hampa berdua ni dari dulu asyik berkepit je noh!"
YOU ARE READING
Skinny Love
Fanfiction"Peek from a distance, will I lose you, if I touch your hand?" Hati aku sangat kecil, bahkan hampir tidak kelihatan. Jadi katakan kepadaku, wahai kamu, bagaimanakah hati sekecil ini mampu diletakkan kesedihan yang sebegitu besar? Dan merek...