24 [OLD VER.]

77 8 0
                                    

"Jiyeong?"

Chika mengangguk, "Han Jiyeong. Tu nama Korea aku."

"..."

Chika merenung ke luar tingkap. Beberapa seketika lepas tu diorang dah sampai kat depan rumah Taehyung.

"Dah sampai."

Suara Taehyung menghentikan lamunan Chika. Dia segera menoleh ke Taehyung tapi lelaki tu dah nak keluar kereta.

"Oh okay."

"Wey, thanks tau. Kenyang aku malam ni."

Selepas mengucap terima kasih, Taehyung segera keluar dari perut kereta. Beberapa langkah menuju ke pintu utama, langkah dia terberhenti. Dia patah balik kemudian mengetuk tingkap. Chika menurunkan tingkap dengan kening terangkat.

"Wae? Aku ingatkan kau dah terdesak nak tidur sekarang ni."

"Nak jumpa Yeontan?"

Dari tadi Taehyung perhati Chika dalam kereta, murung pulak dia malam ni. Bila teringatkan Yeontan yang ada dalam rumah, rasanya boleh ceriakan dia tak?

Muka Chika terus bertukar teruja.

"Nak!"

Taehyung bawa Chika masuk ke dalam rumah. Dia terus bersiul dan memanggil nama Yeontan berkali-kali. Chika memandang sekeliling, rumah dia nampak tenang.

"Omma, Tae dah balik. Kau buatlah macam diri sendiri." kata Taehyung kepadanya, Chika hanya mengangguk.

Tak lama selepas tu, Chika dan Taehyung terdengar nyalakan Yeontan makin mendekat. Apabila anjing Pomeranian tu dilihat berlari ke arahnya, Chika duduk melutut kemudian tunggu Yeontan untuk melompat ke atasnya.

"Tannie♥. Rindu Chi tak?" tanya Chika dengan nada macan mak dengan anak, Yeontan diangkat separas muka dia.

Sebagai balasan, Yeontan menjilat hidung dia. Chika tergelak kecik.

"Amboi," Taehyung berlalu di hadapan diorang berdua, Chika dan Yeontan mengangkat muka memandang dia, "Bila nenek tu datang, terus lupa kau dengan tuan sendiri. Takpa, takpa."

Chika buat muka menyampah, dipandangnya Taehyung sehingga dia hilang untuk mencari omma dia dekat mana-mana.

"Eleh. Cemburulah tu. Kan, Yeontan, kan?"

Yeontan menyalak sekali. Chika meletakkan Yeontan ke bawah, anjing tu mengikut dia bersama mencari Taehyung. Rupanya ada dekat ruang tamu. Chika bersembunyi sikit disebalik dinding, mata dia memerhati keluarga Taehyung yang tengah meluangkan masa depan tv. Adik-beradik dia pun ada sekali.

Tiba-tiba adik perempuan dia nampak dirinya. Budak tu tersenyum girang.

"Wah! Noona pun ada sekali?" tanya adik perempuan dia sambil mendekati, Chika dengan segan-silu menunjukkan diri. Dia menunduk salam.

"Maaf sebab mengganggu malam-malam ni."

"Eo, tak mengganggulah. Kamu sihat?" tanya omma Taehyung. Chika mengangguk.

"Oppa, apa yang noona buat dekat sini?" tanya adik lelaki dia pulak.

"Ah~ Oppa dating eh?"

"Yaish! Diamlah. Sibuk je." ngomel Taehyung dalam marah, adik-adik dia dijeling. Terus masing-masing menjelir lidah.

Taehyung akhirnya mendengus. Budak, terpaksalah dia mengalah. Abang sulung kata orang, mengalah jelah kerja dia kan?

"Omma, appa," Taehyung memandang muka omma dan appa dia, "Tae naik dulu."

Skinny LoveWhere stories live. Discover now