36 [OLD VER.]

68 9 1
                                    


Chika cuba menghadam kata-kata Taehyung, setiap perkataan diulang berkali-kali dalam fikiran dengan teliti. Dari satu ayat bercambah ke beberapa cabang yang bawa berlainan maksud.

Ok, sel-sel otak gagal berhubung.

"Knight as if...?"

"Yup." terus Taehyung mengiyakan tanpa teragak-agak. Entah apa yang disetujunya entah.

Kening Chika terangkat sebelah dalam kekeliruan. Apa ni? Aku nak penjelasan, bukan kepastian.

Senyuman Taehyung kekal melebar sambil dia memandang Chika yang diam-diam tengah memikirkan sesuatu. Lagi satu, bukan senang Taehyung nak hafal ayat jepun tadi tu. Punyalah gigih dia hafal selama ni untuk Chika. Nak bagi sweet dan kedengaran romantis kononnya, kenalah konfes dalam bahasa asing. Ye idok?

A/n uwek, sis nak termuntah buat ayat kedua last tu. Terserlah tahap single jiwa ni.

"Ah, aku paham."

"Ya, ya." Taehyung dengan innocentnya terangguk-angguk.

"Tapi bukan kau dah pun jadi knight aku ke?"

"Ha?"

"Yela. Kau dengar luahan aku, selamatkan aku selama ni? Tu kira salah satu bantuan kau sebagai bff aku."

Bff.

Bff.

Bff.

"Sorry, what?"

Kau friendzone aku?

Taehyung menganjak lebih dekat ke Chika, "Bff?"

Nampaknya Chika tak tangkap perubahan intonasi dalam suara Taehyung sebab dia tanpa gagap berkata, "Haah, my sweet boy friend forever. Kau tak perlu risau, boy dan friend tu ada jarak. Aku ni sedar diri lagilah dengan hubungan kita berdua. Aku tau, kau mesti tak akan balas balik. Sebab tu aku ingat nak simpan je tapi aku sendiri yang terkantoikan."

Mata Taehyung merenung mata Chika yang kini kelihatan redup dan lembut, kemudian turun ke bibir dia yang terhias senyuman nipis yang kelat.

"Kau lupakan jelah 'confession' aku malam tu. Menyusahkan kau je nak semak kepala dengan benda tu."

Kening Taehyung berkerut sehingga muncul kedut di hujung matanya. Selepas tu, dia tiba-tiba gelak terbahak-bahak, kuat sampaikan suara dia bergetar di segenap penjuru bilik. Nak luruh jantung Chika dibuatnya.

"Kau dah gila, eh?" komen Chika.

Dahla suara mengalahkan bapak orang!

Taehyung masih tak habis dengan gelak tawa; atau lebih spesifik lagi menggelakkan sifat slow Chika. Mana pergi perempuan yang garang tu? Yang suka marah mengalahkan mak nenek tu? Duality dia kadang-kadang memang mengkagumkan.

"Kau ni betullah, comel tapi lembab. Aku nak marah pun tak boleh." Dan dengan tu Chika ditarik Taehyung untuk baring bersama di atas katil, Chika terjerit disebabkan ketiberan.

Chika dipeluk dengan kuat, kaki melilit bahagian bawah badannya supaya dia tak boleh terlepas. Buat orang geram lagi, sapa suruh? Dia menjeling manja kepadanya hanya untuk nampak reaksi cuak Chika. Bukan setakat pipi, satu muka dah merah waktu tu!

Nafas Chika tersekat di kerongkong, tak meronta-ronta tapi membantu. Fikirannya celaru untuk seketika, mindanya menyuruh untuk menolak Taehyung tapi badannya dikuatkan untuk melawan. Dia hiraukan bendera merah imaginasi yang berkibar di depan mata. Semua perasaan tu hanya mahu menjatuhkan dia dan dia tak akan kalah kali ni.

Skinny LoveWhere stories live. Discover now