RE-publish kali ke 121839721894 :p
[2014]
Aku penatlah dengan manusia seekor ni.
Sambil langkah diayun laju, tajam aku mentarget figura Taehyung yang sudah jauh di hadapan. Boleh pulak mamat ni buat drift di setiap belokan. Kadang-kadang aku hampir tergelincir dan tersadung halangan halimunan.
Taehyung menoleh untuk melihat aku. Dia angkat tangan kiri yang sedang membawa lari kasut kulit hitam aku. Aku nampak sengihan nakal di bibirnya sebelum dia kembali memandang depan dan melajukan pergerakan.
Dasar anak Kim! Kotor stokin aku yang baru pakai sekali.
Anak tangga sama didaki, grill sama dituruni. Setelah sekian lama, akhirnya aku nampak yang Taehyung semakin kepenatan. Satu muslihat timbul dalam fikiran aku. Laju aku tanggalkan kasut yang masih tersarung di kaki.
Target...
dan...PAK!
Kena tepat kepala Kim Taehyung!
"ADUH!"
Tak semua malang tak berbau. Lagi-lagi bau malang Taehyung yang tersadung kakinya sendiri. Badan Taehyung makin menjatuh. Cuak aku tengok dia yang hampir tersembam lantai. Namun sebelum batang hidungnya dapat mencium konkrit, aku cepat-cepat capai belakang kolarnya. Selamat anak teruna orang.
Terdengar Taehyung mengatakan kata syukur. Ironi. Sepatutnya dia mengucap sebab dah jatuh ke tangan karma.
"Bagi balik kasut akulah, bodoh." aku bersuara dingin. Penuh amaran.
Taehyung perlahan-lahan memusingkan kepala, bibirnya mula terketar-ketar menyusun kata, "B-boleh tak... kau... le-lepaskan aku... aku d-dulu? Akutakbolehbernafas!"
Dengan itu aku melepaskan dia. Taehyung terduduk, terbatuk-batuk mahukan oksigen. Aku tunduk untuk mengammbil kedua-dua kasut aku dan memakainya semula.
Mengeluh. "Sedap? Lain kali buatlah lagi. Aku bagi sepasang terus."
"Agresif betul. Aku main-main jelah! Tak payahlah sampai nak baling-baling." Taehyung meraba bahagian kepala yang terkena kasut. Dia pun bangkit.
"Amboi, dia pulak yang marah orang." bagi makan satu lagi kasut kang ha.
Di sebelah, aku terasa sesuatu menghampiri kepala aku. Aku terus tepis tangan Taehyung. Dia bagi muka.
"Tolong pandang depan kejap, cik Han."
Aku guling mata lalu dengan paksa rela berdiri diam di hadapan Taehyung. Aku dapat rasakan tangan Taehyung berada di atas kepala aku untuk beberapa saat, kemudian beralih ke atas kepala dia pula. Dia tarik tangannya semula selepas itu.
"Dulu aku rasa kita sama tinggi ja. Kau memendek ke?"
Naik malu aku dengan kata-kata dia tu. Pendek dia panggil aku? Memanglah aku pendek tapi, cakap aku pendek depan aku??? Oh, ini mendatangkan marah!
Kali ni aku yang ukur ketinggian kami berdua. Oh, betullah dia makin meninggi. Mungkin sebab dah terbiasa nampak dia aku tak perasan.
"Tinggi aku normal je. Kau yang membesar abnormal." bidas aku.
"Eleh."
Dari hujung mata, aku perasan kehadiran Ahyeon dan Jungkook di hujung blok ini. Jarang nak nampak dua orang tu sekali.
"Oi, makan!" panggil Jungkook.
Hari ni kami budak perempuan kelas 3-2 rehat sekali. Dua buah meja penuh dengan kami saja, tu pun tak muat sampai empat orang terpaksa menyempit di hujung. Selepas mengambil makanan, aku pergi ke tempat duduk di sebelah Ahyeon, di tengah-tengah kerusi panjang.
YOU ARE READING
Skinny Love
Fanfiction"Peek from a distance, will I lose you, if I touch your hand?" Hati aku sangat kecil, bahkan hampir tidak kelihatan. Jadi katakan kepadaku, wahai kamu, bagaimanakah hati sekecil ini mampu diletakkan kesedihan yang sebegitu besar? Dan merek...