12 [OLD VER.]

139 17 2
                                    

May 30 2022 / rewrote/ republished

📍penambahan adik beradik

2019

DENGAN DERINGAN PERTAMA PENGGERA pada awal pagi, aku terjaga dari tidur dalam keadaan terkejut. Dada menahan perit seakan sesuatu cuba untuk merobek jantungku keluar. Paluan jantung dapat didengar di cuping telinga sambil aku berbaring kejung.

Kegelapan menjadi jamuan pandangan. Sudah cara aku untuk tidur tanpa diteman sebarang cahaya. Aku tidak mampu tidur dengan cahaya, walau dengan cahaya malap sekalipun. Lampu tidur di sebelah katil ni hanyalah sekadar hiasan semata-mata kebanyakan masanya.

Setelah beberapa minit berlalu, akhirnya aku berasa sedikit tenang. Tangan dibawa ke dada, menggenggam permukaan di mana jantungku berada. Aku mula mengatur pernafasan untuk meredakan detakan jantung yang menggila.

Sudah kali ke berapa ni?

Aku bangun dari baringan dan wajah diraup. Keluhan besar dilepaskan. Jari-jemari kemudian menyisir rambutku yang serabai ( tak tengok cermin pun dah tau serupa hantu ) sebelum diikat menjadi sanggul. Antara terbiasa dan malas aku mahu fikir banyak tentang kejadian abnormal yang telah berlaku.

Sesungguhnya buka sekali dua aku jadi begini. Aku pun dah hilang track bila mula berlaku. Dan setiap kali perkara ini berlaku, mesti pada hari pertama minggu persekolahan.

Pada hari sekolah aku tetapkan alarm pada pukul enam pagi. Tapi, disebabkan masalah tidur aku ni kadang-kadang corak tidur aku tak menentu. Bengang jugalah bila dah tidur tak berkualiti.

Anyways, aku ada hidup perlu diteruskan.

Aku menapak keluar dari tandas selesai membersihkan diri. Uniform sekolah disarung segera kemudian aku berdiri di hadapan floor mirror tersedia di dalam bilik. Wajah diteliti. Jerawat yang ditempek acne patch semalam kini sudah mengecut. Merekah senyuman dari telinga ke telinga melihat kulit aku yang sekarang. Kulitku kini bersih, muka pun tidak lagi merah-merah. Perubahan yang memberangsangkan!

Sempat aku posing ke kiri, posing ke kanan dengan muka makin berseri-seri. Terasa cantik sangat hari ni. Hashtag, loveyourself.

Sedang aku melayan perasaan, telinga aku menangkap ketukan lembut di pintu.

"Siapa tu?"

"Saem!" sahut suara budak kecil di sebalik pintu.

Aku pergi membuka pintu dan muncullah adik lelaki aku yang berumur empat tahun. Seorang yang paling kurus kering antara adik-beradik aku. Dia suka betul singgah ke bilik aku tanpa tujuan. Buat macam bilik sendiri pula tu. Selalu juga dia tertidur atas katil aku sampai meleleh air liur basi. Nak marah tapi kena sabar dah adik kandung.

Dibuatnya anak pungut aku dah lama bantai. Gurau.

"Okāsan suruh ajak Chi makan. Jom makan?" ajaknya sambil terdongak kepala. Nasib tak terlentang ke belakang saja budak kecil ni.

"Ok. Nanti akak turun, ya."

"Okāsan suruh turun sekarang." tegasnya.

"Ya, nanti akak turun."

"Sekaranglah," katanya lagi ditambah dengan pakej muka dibuat comel, "Saem lapar."

Nasib orang tak makan pipi ja tau.

"Yelah, yelah. Tapi pergi tengok abang Duri dulu." Pipinya lantas aku cubit manja. Siapalah yang mampu lawan budak secomel ni?

Lalu pergilah budak tu kepada abangnya. Han Duri, anak kedua dalam keluarga.

Skinny LoveWhere stories live. Discover now