10 [OLD VER.]

175 20 7
                                    

DALAM TEMPOH AKU JADI GIRLFRIEND orang, pengalaman pertama aku dalam bercouple, aku jadi agak... blur. Tak tau nak buat apa.

Aku kena mesej dia bila, kena jumpa dia bila, bercakap dengan dia bila; last-last tak buat pun semua tu. Memang macam ni ke bila mula couple? Atau gadis bernama Han Chika saja yang terlalu noob dalam hal-hal ni? Aku rasa ada sesuatu tak kena. Tapi aku tanpa faham erti apa itu sebuah hubungan, hargai saja apa yang dimiliki.

Pemberian pertama dan terakhir iaitu seutas loom band dari Hyun Shik buat aku gembira seketika. Tapi disitu sajalah. Tiada lebih.

Kami tak pernah berbual di sekolah.

Hari Khamis. Hari dimana aku ada kelas taekwondo. Tahun itu aku bertali pinggang biru. Untuk seorang budak muda, daya ingatan aku boleh dikatakan lebih kuat dari yang lain. Dengan sekali, dua demonstrasi aku boleh berlatih dengan sendirinya. Oleh sebab tu aku selalu kena tarik ke barisan paling depan sebagai rujukan untuk orang lain ketika latihan poomsae.

Adalah sikit rasa bangga tu; bangga kerna rasa diri itu istimewa. Tapi disebalik rasa bangga ada gemuruhnya.

Setiap kali tersalah langkah, aku rasa itu perkara yang paling memalukan. Mendengar sir menegur buat hati sebal menahan malu dan kecewa. Buat aku meneguk air liur memandang lantai, bermain-main dengan kuku sehingga aku sedar dari lamunan tatkala terasa jari mula pedih.

"Chika buat salah?"

Chika buat salah.

Salah.

Perkataan yang paling aku benci dengar.

Aku tak patut buat sebarang kesalahan.

Kesalahan itu kecacatan.

Aku perlu jadi sempurna.

Aku perlu jadi yang terbaik.

"Chika, kau ingat tak poomsae ni?"

"Chika, tolong ajar sat yang kita belajar tadi."

"Eh, lepas ni apa tah?"

"Wei, Chika, sir mintak kau ajar budak-budak tali pinggang hijau."

Dalam suasana berlapisan suara manusia, tiba-tiba bunyi wisel yang mengilukan telinga kedengaran, diikuti suara sir mengatakan, "Rehat 10 minit!"

Berlarian anak murid menuju ke lokasi botol air untuk menghilangkan dahaga. Aku, Ika, Ryung dan Hyun Ae berkumpul di tepi pentas membuat bulatan kecil. Kecuali Hyun Ae yang bertali pinggang biru dua, yang lain juga bertali pinggang biru.

Ika meneguk air. Dia mengelap juraian air dari bibirnya, mengeluh lalu berkata, "Kenapa hari ni rasa lama sangat tah. Kalau diikutkan hati aku nak ponteng ja tau dak tapi dah mak aku paksa terpaksalah aku datang jugak."

"Sapa je yang rajin datang latihan taekwondo," tambah Jia, "Lainlah si Chika dengan Hyun Ae ni. Diorang paling selalu datang."

"Ni, aku selalu datang jugak na. Kau buat elok sikit." Ryung menyelit dengan nada tak puas hati.

"Ha, kau sekali. Tiga ekor ni ja yang baik sangat datang. Kau tengok si Yon. Dah berminggu tak datang."

"Yon lepas ujian tali pinggang tu terus tak datang dah," sinis Ika. Aku tak kata dia salah. Memang ramai yang akan hilang berminggu selepas ujian tali pinggang. Sekurangnya diorang akan lepas tali pinggang putih lepas tu dah malas nak datang latihan.

"By the way, Chika," aku mengalihkan perhatian kepada Ryung, "Kau mula belajar taekwondo sejak bila?"

"Tujuh tahun."

Skinny LoveWhere stories live. Discover now