21 [OLD VER.]

88 8 0
                                    

Hell no.

Tibe aku terasa fresh.

"Nope." aku menggeleng, "I pass."

Selamba badak aje aku menjawab kemudian sambung berjalan. Tak sampai beberapa langkah tangan aku ditarik lagi ke belakang. Aku gulingkan mata, kaki pulak ikut mengundur.

"Apa lagi kau nak?"

Tae kembali merendahkan badan. Dia menggoyangkan tangan sambil tunggu badan aku yang berat ni untuk hempak belakang dia.

Aku bersuara cemuh, "Kau bergurau ke ni?"

"Naik jelah. Aku kuatlah kalau setakat nak angkat badan kau yang macam tiang tu."

Amboi, macam perli semacam kau ni.

"Ni bukan pasal aku berat macam gajah ke pauslah tapi-" aku berhenti sekejap, ambik nafas dalam-dalam kemudian hembus balik.

Aku taulah dia nak tolong aku, tapi janganlah mendadak sangat.

"Tak apalah."

"Jadi kau nak naik ke tak?" Tae mengangkat kening sambil memandang sideway dengan gaya masih berbongkok.

"Yelah, yelah."

Aku dengan malasnya naik ke atas belakang dia, walaupun sebenarnya aku tak biasa langsung duduk dekat belakang seseorang. Aku tak tau nak letak tangan kat mana.

"Tangan kau tu bak sini."

Dia terus ambik kedua belah tangan aku dan lilit di leher dia sebelum mengangkat aku. Bila benda tu berlaku, aku terkuatkan pegangan di leher dia. Tercekik anak orang karang naya. Sempat aku mintak maaf sebelum dia memulakan langkah.

Aku alih tangan aku dari sentuh leher dia. Sejujurnya, aku dapat rasakan jantung aku berdegup tak keruan dan perut mula membelit. Bencinya aku dengan anxiety ni.

"Kau ok?"

Aku letakkan dahi aku belakang kolar baju dia, terus aku geleng laju. Aku tengah cuba tahan.

Aku dengar Tae mengeluh.

"Aku tau kau tak boleh hilangkan rasa tu sekarang, tapi aku harap sekurang-kurangnya kau boleh terima aku."

Aku diam. Janganlah cakap macam tu,  aku tak suka.

"Aku akan cuba." aku pegang bahu dia.

Taehyung tersenyum.

"Pergilah tidur. Taklah kau rasa gelisah sepanjang perjalanan ni."

"Takpalah. Kau dahla buta jalan. Kau ni ingat ke pun rumah aku kat mana?"

"Ingatlah sikit-sikit."

"Konon. Kalau macam tu kita ada dekat mana sekarang?"

Aku tengok sekeliling. Sah, bukan Tae je, aku sendiri pun ingat ni laluan yang betul untuk sampai rumah.

Oi oi!

"Banganglah kau ni. Kalau dah tak tau rumah aku tu janganlah berlagak tau! Nasib je nenek sebelah rumah aku tegur tadi. Aduh, malu betul aku." aku mengurut dahi sendiri dengan frust.

"Aku kata sory kan tadi? Kau nak marah lagi buat apa? Kau pun satu tak ingat rumah sendiri."

"Kau yang bawak aku masuk lorong yang salah!"

"Kau yang tak tegur aku!"

Benda aku marah gila. Ada ke patut aku tanya orang jalan ke rumah aku sendiri? Nenek tu pun satu, dia tersenyum wei! Nak gelak kat kami berdualah tu.

Skinny LoveWhere stories live. Discover now