41 [OLD VER.]

34 6 0
                                    

Bang! "Headshot!"

Ini kali keempat Yeonjun memperoleh mata headshot berturut-turut.

Boleh dikatakan gadis-gadis yang lalu-lalang hampir semuanya terpukau dengan kehebatan skill menembak Yeonjun. Setiap tembakan yang dibuat mengenai zombi-zombi dengan mudah walaupun berbelas yang meluru.

Lain pula bagi ahli TXT yang lain. Yeonjun nampak seram di mata mereka.

Sejak dari lobby panggung lagi, Beomgyu, Soobin, Taehyun dan Kai dapat rasakan Yeonjun tiba-tiba mengalami mood swing . Kalaulah pistol di arcade tu adalah pistol yang sebenar dan boleh isi peluru, rasanya kes pembunuhan boleh berlaku disebabkan Yeonjun.

Wajah Yeonjun yang muram menyorokkan perasaan sebenar yang dipendam. Dia masih merasai kekecewaan selepas mengetahui Chika sedang keluar bersama Taehyung.

Chika mungkin sedang bergembira sekarang. Mungkin dia tengah berpegang tangan dengan Taehyung,saling bersuap-suapan, mengambil gambar bersama-sama...

Dan semestinya Chika akan sentiasa mempamerkan senyuman menawan bibir merahnya yang tak mungkin di berikan kepada dirinya sebagaimana ditunjukkan kepada Kim Taehyung.

"Kau suka Kim Taehyung?"

"Tsk!"

Pistol di tangan Beomgyu dirampas begitu saja tanpa diminta, menyebabkan Beomgyu terus memarahi Yeonjun. Dengan memegang dua pistol, Yeonjun meneruskan permainan hingga ke saat terakhir.

Bang! Bang! Bang!

Tak sampai lima minit, permainan sudah ditamatkan.

"You win!" terpapang di screen mesin.

Terpegun keempat-empat sekawan tersebut melihat skor yang diperoleh Yeonjun seorang. Pistol-pistol di tangan diletakkan kembali di tempat pemegangnya dengan kasar. Dada Yeonjun dilihat turun naik.

"Woa, woa," Soobin merangkul leher Yeonjun dan menariknya dari mesin menembak, "Dah kenapa mood swing teruk ni?"

Lengan Soobin ditolak Yeonjun supaya dia dilepaskan, dengan suara yang dikawal rasa cemuh dia berkata, "Mana ada mood swing."

"Kalau tak mood swing tak adalah kau nampak macam nak rosakkan mesin tu tadi. Kenapa? Sebab V?"

Diam.

"Kalau aku sebut nama Chika nanti kata aku gila-"

"Jom beli aiskrim McDonald. Tiba-tiba aku lapar." Yeonjun memotong sepantas kilat.

Bingo!

Minit seterusnya baru Yeonjun sedar kesilapannya di situ. Dia menyumpah diri sendiri dalam diam. Satu persatu kawan-kawannya mula menyengih dari telinga ke telinga macam watak Koro Sensei dalam Assassination Classroom.

Semakin kuat muka Yeonjun menjadi merah, semakin kuat diorang menyengih macam kerang busuk.

"Kepala korang."

"Kami tak cakap pa pa pa~" mereka bernyanyi pula, kuat dan ceria sebelum meletus dalam gelak ketawa.

Bertuah betul dapat kawan yang perangai macam minta kaki. Kalau boleh dengan pistol mainan tu Yeonjun nak tembak diorang.

Skinny LoveWhere stories live. Discover now