Sambil duduk di sebuah bangku di sebuah taman permainan berdekatan, Junho hanya diam melihat Taehyung yang tengah cuba menelefon Chika dari tadi. Ni dah termasuk kali ke empat tapi masih tak diangkat Chika. Akhirnya Taehyung mengeluh dalam kehampaan.
"Dia tak angkat. Rasanya dia matikan telefon dia." kata Taehyung sambil memandang Junho. Air muka Junho sama macamnya.
Lelaki itu membawa pandangan dia kehadapan, memerhati seorang kanak-kanak perempuan yang sedang menaiki buaian dengan riangnya.
Junho tersenyum melihatnya, yang lalu menaikkan kehairanan kepada Taehyung.
"Jadi, awak tau pasal masa silam dia?"
Taehyung mengangguk.
"Kawan lelaki pertama dialah ni?"
"Ya, saya dan enam orang lagi. Kami satu geng dekat sekolah."
Enam. Lega rasanya Junho, nampaknya bilangan kawan lelaki Chika lebih dari yang disangka.
"Baguslah tu. Dia ada peningkatan."
Mereka diam kembali. Ergh, rasa janggal tu tak boleh kawal. Nak sembang apa pun tak tau.
Taehyung menggaru belakang lehernya, ada sesuatu yang ingin dikatakan tapi teragak-agak pulak nak dikeluarkan. Namun gerak-gerik dia berjaya dikesan Junho.
"Kenapa?"
"Sebenarnya— mhm entahlah. Saya tak tau sama ada saya berhak ataupun tak nak cakap macam ni tapi, hyung tak teringin nak tinggal dekat rumah tu lagi ke?"
"Kenapa tanya?"
"Sebab Chika rindukan oppa dia, " Jawapan Taehyung menyentakkan sanubari Junho, "Dia perlukan orang yang dia sayang balik. Hyung tak pernah terfikir pasal keadaan dia selepas keluar dari sana ke?"
Hmm, terkelu sudah. Power betul ayat dia.
Kedua-dua tangan Junho digenggam seerat-eratnya sambil dia terkenang kenangan bersama Chika.
Dengan dahi yang berkerut dan rasa perit dalam nada Junho menjawab, "Awak tak tau bertapa banyak kali saya terfikir pasal Chika."
"Kalau macam tu kenapa tak balik?"
"Awak rasa appa kami akan ubah perangai dia kalau saya ikut keputusan tu? Dia... mula protective dekat Chika."
A/n disebabkan aku tengah kehabisan idea, nak buku ni cepat habis, sekolah dah nak bukak, terimahlah hasil merapu ala kadar ni muahahahah
"Maksud, hyung?"
"Chika tak ada cerita macam mana eomma dia meninggal? Eomma sebenar dia?"
Taehyung menggeleng. Chika tak pernah sentuh apa-apa pasal eomma dia, tapi apa yang Taehyung tau dia memang tak suka dekat Minji, eomma baru dia tu a.k.a. eomma Junho.
"Dia paling jarang cakap pasal keluarga."
"She died because of cancer."
Diam.
"Ouh."
"Dia meninggal setahun selepas saya kenal Chika, eomma kami berdua sebenarnya kawan baik dulu. Dan selepas eomma Emiko dapat tau dia ada kanser, dia jumpa eomma saya sebab dia tau eomma saya pernah suka dekat appa kami. Selepas berkali-kali diorang berjumpa, akhirnya eomma terima, cuma diorang berkahwin selepas eomma Emiko meninggal."
Taehyung laju membetulkan kedudukan dia untuk memandang Junho dengan lebih selesa, "Kejap. Jadi kehadiran awak dalam hidup Chika sebenarnya..."
"Bukan hanya sekadar kawan, tapi sebagai seorang bakal abang. Tu pun ambik saya masa yang lama untuk tau. Chika malangnya tak tau perkara ni sampai sekarang, kecualilah kalau appa sendiri dah cerita."
YOU ARE READING
Skinny Love
Fanfiction"Peek from a distance, will I lose you, if I touch your hand?" Hati aku sangat kecil, bahkan hampir tidak kelihatan. Jadi katakan kepadaku, wahai kamu, bagaimanakah hati sekecil ini mampu diletakkan kesedihan yang sebegitu besar? Dan merek...