thirty six

279 40 55
                                        

【 épouse-moi ° myg 】

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

épouse-moi ° myg

❝ 𝗬𝗼𝘂 𝗹𝗲𝗳𝘁 𝗹𝗶𝗸𝗲 𝗜 𝘄𝗮𝘀 𝗻𝗲𝘃𝗲𝗿 𝗮 𝗿𝗲𝗮𝘀𝗼𝗻 𝗳𝗼𝗿 𝘆𝗼𝘂 𝘁𝗼 𝘀𝘁𝗮𝘆.❞

.・。.・゜✭・.・✫・゜・。.

Geunyoung melangkah keluar dari bilik mandi sambil mengeringkan rambutnya yang masih basah dengan menggunakan tuala. Matanya juga sempat menangkap suaminya yang masih berjalan dengan wajah yang gusar, mungkin sedang berfikir tentang kejadian yang terjadi di ruang tamu tadi.

Geunyoung menghela nafas dan berjalan mendekati Yoongi. Bahu lelaki itu ditepuknya perlahan, cuba meminta perhatian daripada lelaki itu.

Yoongi yang jelas terkejut dengan sentuhan yang diterima itu menoleh ke belakang, dan matanya terhala pada Geunyoung yang masih memandangnya dengan pandangan bingung.

" Awak ni dah kenapa jalan ke sana-sini macam tak tentu pasal ? Tadi kata nak tidur sangat, dah pukul 11 semua." Geunyoung menuju arah bagasinya dan mengeluarkan skincare miliknya.

Yoongi yang memerhatikan isterinya itu hanya menggosok lehernya, cuba untuk menyusun ayat sebelum dilontarkan kepada Geunyoung. Yoongi menghela nafasnya, cuba untuk bersedia sekiranya isterinya itu akan melampiaskan kemarahannya sekali lagi.

" Awak marah dengan mama saya lagi ke ?" Geunyoung yang mendengar pertanyaan Yoongi itu hanya mampu tersenyum nipis seraya menggelengkan kepalanya.

" Saya bukannya menantu pilihan dia, Yoongi. So, I've got no reason to stay mad at her, right ?" Geunyoung menoleh dan memberikan sebuah senyuman kepada Yoongi sebelum kembali kepada rutin hariannya.

Tanpa diketahui sesiapa, ada sebuah hati yang sakit apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut gadis tersebut. Yoongi menggigit bawah bibirnya sebelum berjalan ke arah Geunyoung. Tuala yang masih tersangkut di bahu isterinya itu diraih dan tangannya mula bergerak untuk mengeringkan rambut gadis itu.

Geunyoung tersenyum apabila melihat perbuatan Yoongi yang terpantul si cermin. " Kenapa ni ?"

Tanpa melihat wajah Geunyoung, Yoongi melontarkan sebuah soalan yang membuatkan perbuatan Geunyoung terhenti.

" Awak takkan putus asa dengan saya kan ?" Geunyoung ketawa kecil, namun kedengaran cukup palsu di pendengaran Yoongi. Geunyoung kembali dengan aktivitinya yang terhenti akibat persoalan suaminya itu, berpura-pura seakan tidak terkesan dengan soalan yang dilontarkan kepadanya.

" Bukan sepatutnya saya ke yang patut tanya soalan tu kat awak, Yoongi ?"

Yoongi terdiam, Geunyoung juga memilih untuk tidak menjawab soalan tersebut. Dia yakin yang Yoongi sudah tahu jawapannya namun Geunyoung sendiri tidak dapat meneka isi hati suaminya sendiri.

❨𝗦𝗨❩ é𝗽𝗼𝘂𝘀𝗲-𝗺𝗼𝗶 - 𝗺𝘆𝗴Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang