Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
🌠🌠🌠
« èpouse - moi ° myg »
" Sudi tak doktor kahwin dengan saya ? " " Pardon me ? "
🌠🌠🌠
Geunyoung ' s side .
" Air. "
Geunyoung menghulurkan segelas minuman sejuk kepada Yohan yang sedang duduk bersandar du dinding bilik latihan mereka, untuk menghilangkan rasa penatnya selepas bertarung dengannya --- Untuk 2 jam lamanya.
Yohan mendongak, memandang wajah Geunyoung sebelum gelas itu dicapainya. Sebuah senyuman diukirkan untuk gadis itu.
" Thanks. Mana air kau ? " Yohan berganjak sedikit, memberi ruang kepada gadis itu untuk duduk. Melihatkan perbuatan Yohan itu, Geunyoung hanya tersenyum nipis.
Well, ada sebab kenapa dia sayangkan sepupunya, merangkap bodyguardnya juga itu. Kim Yohan seorang yang prihatin, cuma tidak ditunjukkan kepada sesiapa.
Geunyoung mengambil tempat di sebelah Yohan, turut bersandar. " Aku dah minum dekat dapur tadi. Minumlah air tu, memang aku ambik untuk kau pun. "
Yohan meneguk air itu dengan rakus, serta-merta rasa hausnya hilang. Gelas itu diletakkan di tepinya sebelum wajah sepupunya itu dipandang dari tepi.
" Kenapa aku tak ada perasaan dekat kau eh ? " " Soalan bangang apa kau tanya dekat aku ni, gila ? "
Geunyoung menjeling Yohan, tetapi lelaki itu hanya mampu ketawa melihat reaksi Geunyoung itu. Dia mengeliat sedikit sebelum kepalanya disandarkan di bahu Geunyoung, lagipun dia tahu yang gadis itu tak kesah dengan perlakuannya itu.
" Nothing, cuma pelik dengan diri aku je. Kau dah cukup cantik untuk aku, tapi kenapa aku tak rasa apa-apa eh ? Aku gay ke, do ? " Mendengarkan pertanyaan bodoh yang terpacul dari mulut Yohan itu membuatkan Geunyoung ketawa terbahak - bahak.
Kim Yohan, sepupunya itu ghei ? Lawak apa yang dia cuba sampaikan tengahari buta ni ?
" Kalau kau gay, kau takkan simpan gambar k - idol dalam phone kau, gila . Aku ni yakuza, sama macam kau. Takkan kau nak suka perempuan pembunuh macam aku ? Fikirlah logik halah. " Geunyoung masih lagi ketawa , manakala Yohan pula masih memandangnya .
" Kau tak pernah rasa nak hidup normal ke --- I mean, taknak terlibat dengan bisnes keluarga kita kalau kau dapat putarkan masa ? "Yohan senyap, Geunyoung juga turut terdiam mendengar soalan random daripada lelaki itu .