thirty eight

143 25 50
                                        

【 épouse-moi — min yoongi 】

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

épouse-moi — min yoongi

❝ 𝗪𝗵𝘆 𝘁𝗵𝗲 𝗳𝘂𝗰𝗸, 𝗮𝗺 𝗜 𝗻𝗼𝘁 𝗴𝗼𝗼𝗱 𝗲𝗻𝗼𝘂𝗴𝗵 ? ❞

✜ ✜ ✜

     "Jemput minum dulu, abeoji."

     Yoongi meletakkan secawan teh yang dibancuhnya untuk Hajoon secepat mungkin, memandangkan jam sekarang sudah menunjukkan hampir jam 11:30 malam. Dia juga yakin bapa mertuanya juga tidak kalah penat dengannya, ditambah lagi esok mereka sudah masuk bekerja.

       Sementara menunggu Hajoon menghirup tehnya yang masih panas, mata Yoongi melilau ke sekeliling ruang tamu rumahnya, melihat Arrabelle si kucing dan Holly si anjing berpusu-pusu memanjat anak tangga selepas diberi makan— mungkin mahu masuk ke dalam bilik isterinya dan tidur bersama ?

      "Maaflah sebab kacau masa kamu waktu malam macam ni. Saya ingatkan Geunyoung terus balik rumah lepas meeting kat Busan semalam, tak tahu pula kamu berdua keluar." Yoongi pantas memandang wajah bapa mertuanya yang masih tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepadanya, apabila Hajoon telah memulakan bicara mereka.

     Yoongi pantas menggeleng, tidak kisah dengan kehadiran mengejut Hajoon itu. Dia juga tiada hak untuk menghalang Hajoon daripada melawat satu-satunya anak gadisnya— tapi jika Geunyoung pun dah tak sedarkan diri langsung kat atas tu, tak ke terasa janggal untuk mereka berdua duduk bersama sekarang..?

     "Saya saja bawa Geunyoung balik rumah ibu bapa saya, abeoji. Sebab hari minggu kan, alang-alang rehat terus lepas turun flight." Yoongi menjawab kaku, beberapa kali juga dia memproses ayatnya sendiri, berharap supaya tidak tersalah kata di hadapan Hajoon.

      Abeoji, boleh tak senyum sikit hiks ಠ◡ಠ

      Apabila mendengar nama besannya disebut, Hajoon berdehem— teringat sesuatu perkara yang pernah diceritakan olehnya tentang Yoongi semasa mereka berbincang tentang kerjasama syarikat mereka dahulu.

     "Papa kamu pernah cerita yang kamu lulusan business management dekat Swiss dulu ? Bila kamu nak take over papa kamu ? Boleh kamu dengan Geunyoung pula yang uruskan syarikat sama-sama lepas kami bersara." Yoongi meneguk ludahnya sendiri apabila mendengar soalan yang cuba dielak sejak dia menamatkan pengajiannya di Swiss dahulu.

     Secara jujurnya, dia tidak berminat untuk  mengambil tahu mahupun mengambil alih syarikat yang ditubuhkan oleh ayahnya itu— kerana dia menyambung pengajian dalam bidang bisnes juga hanya untuk memenuhi kehendak ayahnya, tidak lebih. Disebabkan hatinya masih memilih muzik berbanding hal syarikat, Yoongi memilih untuk mengambil jurusan muzik dan veterinar untuk menyibukkan dirinya sendiri.

❨𝗦𝗨❩ é𝗽𝗼𝘂𝘀𝗲-𝗺𝗼𝗶 - 𝗺𝘆𝗴Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang