five

539 152 69
                                    

« èpouse - moi ° myg »

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

« èpouse - moi ° myg »

" Sudi tak doktor kahwin dengan saya ? "
" Pardon me ? "

🌠🌠🌠

10 minutes ago,

     Yoongi turun dari kereta Hyundai Palisade miliknya sebelum tubuhnya disandarkan pada pintu kereta . Dia melepaskan sebuah keluhan, cuba melepaskan segala beban di bahunya. Kata-kata ibunya ketika di dalam talian sebentar tadi mula terngiang di mindanya.

      " Mama nak kamu kahwin. "

     Yoongi yang masih memandu itu sedikit tersentak apabila mendengar apa yang dikatakan oleh ibunya itu. Dapat merasakan yang perbincangan yang sudah lama cuba dielakkan itu tidak akan berhenti di situ, akhirnya Yoongi terpaksa memberhentikan keretanya di tepi jalan.

     " Ma, berapa kali Yoongi nak cakap ? Awal lagilah kalau Yoongi nak kahwin sekarang. Calon isteri pun tak ada lagi kot. " Yoongi membuka tali pinggang keledarnya dan menurunkan sedikit kerusi pemandu yang didudukinya itu.

     Puan Min, merangkap ibu Min Yoongi itu melepaskan sebuah keluhan. " Bukannya tak ada orang nak dekat kamu, kamu tu yang tak habis-habis dengan haiwan kamu tu ! Kamu nak kahwin dengan haiwan - haiwan tu ke hah ?! "

     Kini, Yoongi pula yang naik stress dengan kemarahan ibunya itu. Kepalanya yang mula terasa sakit itu diurutnya.

     " Ma, stop please ? Yoongi pun ada karier sendiri. Bukannya mati pun kalau tak ada isteri --- "
     " Kamu memang tak mati. Yang dah dekat nak mati tu, mama dengan papa kamu ni hah ! "

     Puan Min menarik sedikit nafasnya sebelum menyambung bicaranya, tanpa memberi sedikit ruang pun kepada anak lelakinya itu untuk membela dirinya.

     " Sabtu ni klinik kamu tutup kan ? Balik rumah, mama perkenalkan dengan anak rakan bisnes papa kamu. Kamu mesti kenal Shin Suran, perempuan yang selalu teman kawan papa kamu tu kan ? " Yoongi mengeluh, sudah tentu dia kenal wanita itu. Seorang wanita yang cantik bagi semua lelaki, tapi bukan padanya.

     Dia tak berminatlah dengan semua ni !

     " Ma, kita bincang nanti. Yoongi ada hal. " Telefon dijauhkan. Sempat juga dia mendengar ibunya mahu membebel panjang, tapi Yoongi terus memutuskan talian dan mematikan telefon bimbitnya. Bukan berniat nak jadi anak derhaka, tapi dia juga perlukan ruang.

     Jadi, dia keluar untuk menghirup udara malam di kawasan Hongdae itu. Sedang dia memikirkan tentang kata-kata ibunya sambil merenung langit, bahu Yoongi sedikit terangkat apabila mendengar bunyi tembakan berdekatan dengan kawasan yang dia sedang berdiri sekarang.

❨𝗦𝗨❩ é𝗽𝗼𝘂𝘀𝗲-𝗺𝗼𝗶 - 𝗺𝘆𝗴Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang