twenty seven

430 77 21
                                    

« èpouse-moi ° myg »

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

« èpouse-moi ° myg »

" Sudi tak doktor kahwin dengan saya ? "
" Pardon me ? "

🌠🌠🌠

Chloé Mansion.

" Saya dah balik.. "

Yoongi menutup pintu utama rumah agam itu sebelum kasut kulit yang dikenakannya itu, dilepaskan dan diletakkan di dalam rak kasut. Dahinya berkerut sempurna apabila melihat isi di dalam rak kasut itu. Mana kasut isterinya ?

" Takkan tak balik lagi kot ? " Yoongi menurunkan sangkar kucing mungil isterinya itu sebelum pintu kecil itu dibuka, membiarkan Arrabelle keluar. Jam tangannya itu dilirik, sudah pukul 8:00 malam.

Yoongi menggaru kepalanya yang tidak gatal, cuba mengigat balik mesej yang diberikan kepadanya sebelum dia berangkat pulang sebentar tadi. Isterinya mengatakan bahawa setiap hari jadualnya akan berakhir pada jam 7:00 malam, tetapi sudah terlambat sejam dari janjinya ?

" Huh, apa-apa jelah. " Yoongi menggelengkan kepalanya sebelum kakinya dilangkah masuk ke ruang tamu utama itu. Baru sahaja dia ingin mendekati Arrabelle, kucing itu terus berlari ke arahnya sambil mengiau dengan sangat kuat. " Meow !! "

Yoongi mengerutkan keningnya, duduk mencangkung sebelum tubuh kucing itu dipeluknya. " Yah, kenapa ni ? " Namun, kucing itu tidak berhenti mengiau, malah semakin kuat. Riak kucing itu seperti ketakutan dengan sesuatu, tetapi lelaki itu bingung sendiri. Ada sesiapa yang memecah masuk rumah mereka ke ?

Tidak menunggu lama, Yoongi terus melangkah ke arah dimana Arrabelle berada sebentar tadi. Langkahnya diatur dengan berhati-hati, risau sekiranya memang ada yang memecah masuk ke dalam rumah agam itu. Namun, langkahnya terhenti apabila melihat sesuatu di ruang tamu itu, malah matanya turut membulat dan bersinar apabila melihat makhluk berbulu itu.

     " Woof woof ! " Anjing kecil yang berwarna coklat itu menyalak apabila melihat Yoongi di hadapannya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

" Woof woof ! " Anjing kecil yang berwarna coklat itu menyalak apabila melihat Yoongi di hadapannya. Anjing itu turut melompat kecil, cuba untuk keluar dari sangkarnya, tetapi tidak mampu. Yoongi yang tadi berasa risau, kini sudah mampu ketawa kecil apabila melihatkan kecomelan anak anjing itu.

❨𝗦𝗨❩ é𝗽𝗼𝘂𝘀𝗲-𝗺𝗼𝗶 - 𝗺𝘆𝗴Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang