« èpouse-moi ° myg »
" Do you enjoy it when you hurt me like this, Min Yoongi ? "
🌠🌠🌠
[ FROM THE PREVIOUS CHAPTER ]
For those yang confuse dekat chapter thirty, Minjoon tu sebenarnya anak angkat Geunyoung yang dia ambil since Minjoon kecil. Geunyoung tak pernah kahwin lagi eh sksksk. The reasons dia panggil Hoseok jadi papa Minjoon sebab Minjoon tak pernah jumpa Yoongi lagi even dia tahu yang Geunyoung dah kahwin dengan Yoongi. Lagi satu sebab last name diorang kan sama, so that's why Geunyoung panggil Hoseok datang sekolah.
Terima kasih sebab sudi meluangkan masa baca benda ni sksksk. Happy reading and stay vomment !
🌠🌠🌠
Kim's Mansion.
" Kau dah dapat apa yang aku suruh kau cari haritu ? "
Lelaki yang merupakan anak buah sepupunya itu menganggukkan kepalanya sebelum menyerahkan sebuah sampul yang penuh dengan informasi yang diperlukan oleh gadis itu. Gadis itu tersenyum sinis, menyambut sampul itu dan mencampakkan beberapa lembar wang kepada lelaki itu.
" Pergi. Oh, lagi satu. Jangan bagitau Kookheon yang aku nak main sikit dengan perempuan kesayangan dia tu. " Lelaki itu mengangguk faham sebelum meminta diri untuk keluar dari bilik itu.
Selepas kepergian lelaki itu, gadis itu terus mengeluarkan segala isi sampul itu. Sebuah senyuman puas mula terukir di wajahnya apabila terdapat banyak foto tentang orang yang diincarinya selama ini.
Bermula dari foto di mana pasangan suami isteri yang sedang menikmati makanan mereka, pergi membeli-belah bersama, tempat kerja mereka berdua dan tangan gadis itu terhenti di foto perkahwinan mereka yang sangat gah itu.
Min Yoongi dan Jung Geunyoung.
Jieqiong meleparkan sebuah senyuman sinis kepada foto yang menampakkan senyuman mereka berdua itu, sebelum foto itu dikoyak menjadi dua. Memisahkan pasangan suami isteri itu. Jieqiong mengusap lembut foto yang memaparkan Yoongi mengenakan busana perkahwinannya itu.
" Sampai hati kan awak kahwin dengan perempuan lain, lepas tu tak jemput saya ? Awak tahu tak yang satu-satunya Min Yoongi kat dalam dunia ni hanya milik Zhou Jieqiong -- Bukannya perempuan tak tahu malu ni ! " Foto Yoongi diletaknya kembali ke atas meja, diambilnya pula foto Geunyoung yang tersenyum manis itu.
YOU ARE READING
❨𝗦𝗨❩ é𝗽𝗼𝘂𝘀𝗲-𝗺𝗼𝗶 - 𝗺𝘆𝗴
أدب الهواة【 𝐀 𝟐𝟎𝟏𝟗 𝐁𝐓𝐒 𝐌𝐢𝐧 𝐘𝐨𝐨𝐧𝐠𝐢'𝐬 𝐟𝐚𝐧𝐟𝐢𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 】 𝐉𝐮𝐧𝐠 𝐆𝐞𝐮𝐧𝐲𝐨𝐮𝐧𝐠 𝐢𝐭𝐮 𝐤𝐞𝐣𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐤𝐮𝐳𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐢𝐫 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐢𝐫𝐢𝐧𝐲𝐚. 𝐌𝐢𝐧 𝐘𝐨𝐨𝐧𝐠𝐢 𝐢𝐭𝐮 𝐩𝐮𝐥...