thirty three

438 66 34
                                    

« èpouse-moi ° myg »

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

« èpouse-moi ° myg »

" I can feel that you lose interest in me. Do you know how fucking bad that hurt, Min Yoongi ? "

🌠🌠🌠

。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆   。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆

Sebelum awak semua baca chapter ni, sekali lagi saya nak ingatkan yang semua watak dalam ff èpouse-moi ni tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau telah meninggal dunia. Ini cuma fanfiction, jadi tak semua fakta sejarah dalam cerita ni betul.

Maaf atas segala kesulitan, selamat membaca :)

。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆   。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆

Gyeongbokgung Palace, Joseon Dynasty.

      "Puteri Han

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Puteri Han."

Puteri tunggal kerajaan Han yang masih meringkuk di dalam penjara bawah tanah kerajaannya itu sendiri, mengangkat wajahnya apabila mendengar namanya dipanggil oleh suara yang sangat dikenalinya.

Mata Han Minha berkaca-kaca apabila melihat lelaki itu, pewaris kerajaan Jang yang cuba dimusnahkan oleh ayahnya sendiri itu sedang berdiri di hadapannya, dipisahkan dengan penjara besi yang menjadi tempat tidurnya sekarang.

Minha cuba berdiri untuk memberikan hormat kepada raja muda itu, tetapi puteri itu kembali terduduk apabila merasakan sakit mula menyerang kedua belah kakinya lagi. Dia baru sahaja diberikan oleh ayahnya sendiri, jadi tak mungkin dia dapat berdiri dengan sendiri buat masa sekarang.

"Tuanku." Akhirnya Minha hanya mampu melutut di tempatnya dan memberikan hormatnya kepada Jang Hyungki, walaupun sang raja tidak memandangnya walau sedikitpun.

❨𝗦𝗨❩ é𝗽𝗼𝘂𝘀𝗲-𝗺𝗼𝗶 - 𝗺𝘆𝗴Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang