Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
« èpouse-moi ° myg » " Sudi tak doktor kahwin dengan saya ? " " Pardon me ? "
🌠🌠🌠
Dorr !
Yoongi yang masih merenung wajahnya di hadapan cermin itu terkejut apabila mendengar bunyi yang sangat kuat berdekatan dengannya, dan membuatkan telinganya berdesing. Heol, macam bunyi -- tembakan ?
Takkan ada penceroboh dapat masuk dewan perkahwinannya kot, kalau kawalan keselamatan boleh dikatakan agak ketat dekat seluruh tempat ?
" Arghh !! " Jeritan seorang gadis membuatkan Yoongi kembali ke realiti. Wait, suara perempuan tu macam -- isterinya ?
" Ugh, shit -- " Kot yang ditanggalkannya sebentar tadi dan dicampakkan ke atas kerusi yang terdapat di ruang rehat itu disambar lalu dia berlari keluar dari tempat itu, mencari seseorang. " Yah, Jung Geunyoung ! Mana awak ?! "
Wajar kan kalau dia risaukan keadaan gadis itu, walaupun kena dipaksa berkahwin sekalipun ?
Yoongi berlari sepantas mungkin, cuba mencari keberadaan isterinya itu. Gila, di hari perkahwinannya itu juga mungkin hari di mana seseorang akan terbunuh. Apa kesalahan yang dia lakukan sampai ini yang terjadi pada hari pentingnya ?
" Geunyoung -- Nampak pengantin perempuan tak ?! " Dengan nafas yang tercungap, dia cuba bertanya kepada para tetamu yang hadir dan jelas menunjukkan wajah ketakutan selepas mendengar bunyi tembakan di seluruh dewan itu. Malangnya, hanya gelengan yang diperoleh sebagai jawapan.
" Yoongi !! "
Yoongi menoleh ke belakang apabila namanya diseru dari jauh, dan ternyata Hoseok yang memanggilnya. Bukan sahaja Hoseok, malah sepupu isterinya juga mengikuti langkah Hoseok, cuba mendapatkannya. Nafas mereka berdua tidak teratur, sama seperti dirinya.
" Mana Geunyoung weh ? Keadaan tak selamat sekarang ni ! " Hoseok mengelap peluh yang mula membasahi dahinya, jelas riaknya risau tentang satu-satunya sepupu perempuannya itu.
" Ta-- Tadi masa aku dekat restroom, aku dengar perempuan menjerit and suara dia macam suara Geunyoung. " Sedaya upaya Yoongi cuba bercakap sambil menenangkan dirinya. Nafasnya masih tidak teratur dan matanya melilau mencari bayangan gadis itu.
" Kau pun dengar suara orang menjerit tadi, hyung ? " Yohan pula yang bertanya, meminta kepastian daripada Yoongi. Yoongi hanya menganggukkan kepalanya, tanda mengiyakan.