Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
« èpouse - moi ° myg »
" Sudi tak doktor kahwin dengan saya ? " " Pardon me ? "
🌠🌠🌠
" Tentang kita . "
Senyap . Itu sahaja yang dapat menggambarkan keadaan mereka berdua sekarang . Yoongi berdehem sedikit , cuba untuk menghilangkan suasana kaku antara mereka berdua .
" Uhm , apa - apa lagi ke ? Saya ingatkan semua benda dah selesai semalam ? " Yoongi menyedut sedikit Ice Americanonya sementara menunggu jawapan Geunyoung . Geunyoung hanya tersenyum .
' Yoongi tak suka orang yang macam --- Hm macam mana eh nak terang ? Kalau perangai kau elok depan dia , dia okay la dengan kau . Alah kau nak dia suka kau , kan ? '
Kata - kata Hoseok mula terngiang - ngiang di mindanya . Oh , begitu hiks . Baiklah , mari kita bermain psikologi hehe .
" Ah tak , cuma nak cakap pasal rancangan ki --- I mean , saya . Are you really okay with that ? " Yoongi memandang Geunyoung apabila soalan itu yang diutarakan oleh gadis itu . Mata gadis itu cuba ditatap , tetapi Geunyoung pantas mengalihkan pandangannya --- Cuba mengelak dari memandang mata Yoongi , lebih tepatnya .
Kerana apa ? Geunyoung resah sekiranya Yoongi masih mengingatinya yang cuba membunuh Yoongi , kerana jelas - jelas Yoongi menatap tepat ke dalam matanya tempoh hari .
Yoongi mengerutkan dahinya . Dia seakan mengingat mata itu , tetapi di mana ? Yoongi menggelengkan kepalanya , cuba melupakan insiden itu . Menyesakkan fikirannya sahaja huh !
Yoongi cuma mengangguk kecil , menjawab persoalan Geunyoung . " Dah terlajak bagitau ibu saya , nak buat macam mana ? " Mata Geunyoung terbeliak . Like seriously , Min Yoongi sudah memberitahu ibunya tentang 'pertunangan' mereka ?
Mungkin perasan akan reaksi Geunyoung itu , Yoongi cepat - cepat menafikan agar gadis itu tidak salah faham terhadap perkataannya . " Maksud saya , uhm . Family saya nak jodohkan saya dengan anak perempuan rakan bisnes papa , tapi saya taknak . And yeah , awak pun datang --- Lamar saya tiba - tiba . "
Secara jujurnya , Geunyoung tidak tahu mahu memberi jenis reaksi yang bagaimana apabila mendengar penjelasan Yoongi itu . Mengapa hatinya terasa --- Sakit ?
Haha , nice Geunyoung . Kau dah ganggu rancangan family dia . Getus hati kecil Geunyoung . " At least , awak ada keluarga yang fikir pasal awak haha . " Gumam Geunyoung , perlahan tetapi Yoongi masih dapat mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut gadis itu .