« èpouse - moi ° myg »
" Sudi tak doktor kahwin dengan saya ? "
" Pardon me ? "🌠🌠🌠
" Sudi tak doktor kahwin dengan saya ? Jadi suami saya, ya ? "
Pertanyaan itu meluncur sekali lagi daripada mulut Geunyoung. Ya, ini je peluang dia untuk membuatkan ayahnya melupakan sahaja hasratnya untuk menjodohkan dirinya dengan Jaehyun. Lagipun, dia menyukai Yoongi sejak kali pertama mereka bertemu, jadi apa salahnya bukan ?
Geunyoung mendengar Yoongi ketawa, cukup sinis di pendengarannya. Apabila Geunyoung mengangkat wajahnya, dia melihat Yoongi sedang memandangnya sambil mengangkat keningnya.
" Young lady, are you kidding me ? Desperate nak kahwin ke sampai propose je siapa depan mata awak ? "
Kata-kata pedas daripada Min Yoongi itu berjaya membuatkan hati Geunyoung membara. Wah wah wah, hilang terus kemanisan seorang Min Yoongi yang sering Geunyoung fikirkan sampai tidak boleh tidur itu. Di hadapannya kini, hanyalah seorang Min Yoongi yang bermulut laser !
Geram dengan tingkah laku lelaki itu, Geunyoung mengambil keputusan untuk diam. But not in action ! Sebuah kotak kecil dikeluarkan dari beg tangannya dan diletakkan di hadapan Yoongi. Isinya dikeluarkan, ternyata ada dua bentuk cincin yang sepadan di dalamnya.
Cincin itu diletakkan tepat di hadapan mata lelaki itu. Yoongi mengerutkan dahinya tetapi Geunyoung pantas memotong sebelum lelaki itu sempat membidasnya.
" Baik awak pilih sekarang. Awak nak pakai cincin ni sendiri ke saya yang pakaikan ? " Geunyoung mengangkat keningnya, cuba mencabar Yoongi. Hey, ni Jung Geunyoung lah ! Kalau lelaki di hadapannya ini boleh bermain kasar, dia pun boleh !
Yoongi mendengus . " I'm not going to --- Yah, lepaskan tangan sayalah ! " Yoongi cuba menarik tangannya yang kini dipegang erat oleh Geunyoung, yang cuba menyarungkan cincin berlian itu ke jari manisnya.
YOU ARE READING
❨𝗦𝗨❩ é𝗽𝗼𝘂𝘀𝗲-𝗺𝗼𝗶 - 𝗺𝘆𝗴
Fanfiction【 𝐀 𝟐𝟎𝟏𝟗 𝐁𝐓𝐒 𝐌𝐢𝐧 𝐘𝐨𝐨𝐧𝐠𝐢'𝐬 𝐟𝐚𝐧𝐟𝐢𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 】 𝐉𝐮𝐧𝐠 𝐆𝐞𝐮𝐧𝐲𝐨𝐮𝐧𝐠 𝐢𝐭𝐮 𝐤𝐞𝐣𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐤𝐮𝐳𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐢𝐫 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐢𝐫𝐢𝐧𝐲𝐚. 𝐌𝐢𝐧 𝐘𝐨𝐨𝐧𝐠𝐢 𝐢𝐭𝐮 𝐩𝐮𝐥...