thirty nine

212 25 50
                                        

【 épouse-moi – min yoongi 】

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

【 épouse-moi – min yoongi

❝ 𝗜 𝗵𝗼𝗽𝗲 𝘆𝗼𝘂 𝗺𝗶𝘀𝘀 𝗺𝗲 𝘄𝗵𝗲𝗻 𝘆𝗼𝘂 𝗵𝗲𝗮𝗿 𝗺𝘆 𝗻𝗮𝗺𝗲 ❞

✜ ✜ ✜

     Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi, dan Yoongi masih tidak dapat melelapkan matanya— dan fikirannya masih memikirkan tentang apa yang dibincangkan dengan Geunyoung hampir sejam yang lepas, walaupun tubuhnya sudah meronta untuk berehat selepas seharian meluangkan masa di luar.

      Disebabkan tidak boleh merehatkan dirinya, Yoongi mengambil keputusan untuk bangun dan bersandar pada kepala katil seraya mencapai sehelai kertas yang tertulis perjanjian baru antara mereka berdua.

.・。.・゜✭・.・✫・゜・。.

Min Yoongi dan Jung Geunyoung bersetuju untuk memulakan hubungan sebagai pasangan suami isteri yang sebenar dengan,

01 :: Biasakan diri call each other with a pet name, such as (lah takkan nak kena bagitau jugak ;-; —geunyoung )

      "Heh, siapalah yang mula panggil 'sayang' tadi— Aduh !!" Lupakan niat Yoongi yang mahu mengusik Geunyoung dengan perbuatannya sebentar tadi, belum sempat dia nak habiskan ayat, Geunyoung dah sepak kaki dia dulu.

      Seperti dejavu sekali lagi, Yoongi mengangkat kakinya yang disepak oleh Geunyoung dengan dahi berkerut, memandang isterinya dengan perasaan geram.

      "Kenapa kaki saya jugak yang asyik jadi mangsa eh ?" Geunyoung menjelir lidahnya, cuba menyembunyikan wajahnya yang sudah merona merah.

     "Siapa suruh cari pasal ? Kan dah mendapat." Tanpa menghiraukan rungutan Yoongi, Geunyoung kembali menumpukan perhatian kepada kertas di hadapan mereka itu.

      Ketawa yang terlepas dari mulut Geunyoung itu lagi membuatkan Yoongi menatap isterinya dengan lebih galak. "Apa gelak-gelak, hah ?"

      Geunyoung kembali melihat Yoongi di hadapannya, disertakan dengan sebuah sengihan. "Entah siapalah kan yang panggil kita sayang dulu depan tunang tak jadi dia."

     Wajah Yoongi memerah apabila dia teringat momen di mana panggilan itu terlepas dari bibirnya beberapa hari yang lepas.

      Mungkin ini masa yang sesuai untuk Yoongi delete himself  huhu.

      "Awak ni kan—" Tanpa menghiraukan balas dendam isterinya itu, Yoongi merampas pen yang berada di genggaman Geunyoung, sebelum menulis sesuatu di atas kertas.

❨𝗦𝗨❩ é𝗽𝗼𝘂𝘀𝗲-𝗺𝗼𝗶 - 𝗺𝘆𝗴Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang