Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
« èpouse-moi ° myg »
" Sudi tak doktor kahwin dengan saya ? " " Pardon me ? "
🌠🌠🌠
" A--Abeoji ? "
Lelaki yang dipanggil dengan panggilan ayah itu tersenyum ke arah gadis yang bingung dengan kehadirannya itu. Ya, lelaki itu dipanggil ayah kerana lelaki itu merupakan ayah mertuanya, ayah kepada Min Yoongi dan juga merupakan CEO Min Holding, yang ingin bertemu dengannya.
Soobin yang sudah semestinya mengenal sosok lelaki itu kepada Geunyoung itu terus menunduk hormat, sebelum meminta diri untuk melakukan pekerjaannya di luar.
" Ah, jemput duduk abeoji. " Geunyoung terus menuju ke arah ayah mertuanya, Min Joonhyuk dan mengiringinya ke arah sofa yang disediakan di dalam ruangannya itu. Geunyoung terus duduk, menghadap Joonhyuk.
" Kenapa abeoji datang ? Ada urusan pasal kerjasama syarikat tu ke ? Bukan sepatutnya abeoji uruskan dengan papa ? " Joonhyuk hanya ketawa sehingga menampakkan matanya yang semakin menyepet, persis anak lelakinya itu.
" Bukan pasal kerjasama syarikat tu. Hal syarikat semua abeoji dah selesaikan dengan Hajoon sebelum kamu kahwin dengan Yoongi minggu lepas. " Tepat pula pada ketika itu, pintu biliknya itu diketuk dan muncullah seorang Yeonjun dengan dulang yang berisi dua cawan kopi itu, sesuai dengan permintaannya.
Geunyoung senyum sekilas, sebelum kopi itu diterimanya dan diberikan kepada Joonhyuk terlebih dahulu. " Terima kasih. " Yeonjun hanya menganggukkan kepalanya dan meminta diri. Geunyoung memerhatikan ayah mertuanya yang sedang menghirup kopi yang masih panas itu, menunggu jawapan dari Joonhyuk.
Joonhyuk meletakkan cawan itu kembali ke atas meja dan mengalihkan perhatiannya kepada menantunya itu. Joonhyuk tersenyum sebelum menyambung bicaranya. " Urusan syarikat memang dah selesai, tapi tiba-tiba je papa kamu tu kata kena jumpa dengan pengarah syarikat. And I didn't expect, menantu abeoji pengarahnya. "
Geunyoung hanya tersenyum, memikirkan papanya yang mungkin sedang bekerja di ruangannya itu. Huh, rancangan untuk merapatkannya dengan keluarga mertuanya, papa ?
" Abeoji ni cakap macam saya ni kerja besar je. Saya still ada bos tau, tu -- " Jarinya menunjuk ke atas, di mana ruangan papanya berada. " -- yang tengah busy dengan kerja dia kat atas tu hehe. " Joonhyuk yang mendengar bicara menantunya itu hanya mampu melepaskan tawanya, sedikit terhibur dengan kata-kata Geunyoung itu.
" Sebab kerja besar la abeoji cakap macam tu. Menantu papa dah jadi pengarah syarikat, lepas papa kamu bersara memang dah sah kamu yang naik jadi CEO. Yoongi tu pun -- " Joonhyuk menghirup sedikit kopinya sebelum kembali berbicara. " -- lepas abeoji bersara, dia kena jugak ambil alih Min Holding tu. Sia-sia je pergi belajar business dekat Amerika dulu, tapi tak praktikkan. "