thirty two

343 70 48
                                    

« èpouse-moi ° myg »

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

« èpouse-moi ° myg »

" Do you ever wonder if we think about each other at the same time ? " 

🌠🌠🌠

      " Hyera, saya balik dulu tau. Jangan lupa kunci pintu klinik. "

      Hyera yang masih mengemas barang-barangnya itu hanya mengangguk seraya tersenyum.  " Kirim salam dekat isteri doktor tau, hehe. "

      Yoongi yang mendengar permintaan Hyera itu hanya menggulingkan anak matanya, tetapi tetap mengangguk juga. Beg galas yang berisi laptop dan dokumen penting yang lain itu digalasnya. 

      " Haa yelah. Hati-hati balik tu. " Yoongi menolak pintu utama klinik haiwan miliknya itu dan terus menuju ke Hyundai Palisade nya. Begnya diletakkan di tempat duduk belakang. Baru sahaja Yoongi ingin membuka pintu tempat duduk pemandu, dia teringat kepada isterinya itu.

     " Dia dah sampai rumah ke eh ? Taknak pesan beli apa-apa ke ? " Yoongi bersandar pada pintu kereta dan mengeluarkan telefon pintarnya dari poket seluarnya. Nombor isterinya dicari dalam daftar kenalannya. 

     Hampir seminggu mereka berdua berkahwin, baru Yoongi sedar yang jarang isterinya itu memintanya untuk singgah sebentar di mana-mana untuk membeli sebarang makanan atau apapun.

     Harapnya dia tak masak apa-apa lagilah. Ajak makan dekat luar pun boleh jugak.

      Baru sahaja Yoongi mahu mendail nombor  isterinya, perbuatannya terhenti apabila melihat ada sepasang kaki yang berhenti, tepat dan menghadap dirinya sekarang. Yoongi mendengus, tanda terganggu dengan kehadiran orang yang tidak dikenalinya itu. Yoongi mengangkat kepalanya dan memandang wajahnya. 

      Yoongi mengangkat sebelah keningnya, tidak mengenali lelaki yang berada di hadapannya itu.

     " Kau, suami Jung Geunyoung kan ? " Yoongi mengerutkan dahinya apabila mendengar soalan yang terpacul dari mulut lelaki yang tidak dikenalinya itu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

     " Kau, suami Jung Geunyoung kan ? " Yoongi mengerutkan dahinya apabila mendengar soalan yang terpacul dari mulut lelaki yang tidak dikenalinya itu. Malas mahu mengambil tahu walaupun dia sempat bingung apabila nama isterinya disebut oleh lelaki itu. 

❨𝗦𝗨❩ é𝗽𝗼𝘂𝘀𝗲-𝗺𝗼𝗶 - 𝗺𝘆𝗴Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang