thirteen

439 112 20
                                    

« èpouse - moi ° myg »

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

« èpouse - moi ° myg »

" Sudi tak doktor kahwin dengan saya ? "
" Pardon me ? "

🌠🌠🌠

" We really need to talk , now . "

Selepas acara makan malam keluarga Jung itu , Geunyoung terus menarik Yoongi bersamanya ke taman belakang rumah agam itu .

Lengan jejaka itu dilepaskan lalu Geunyoung memeluk tubuh , memandang Yoongi di hadapannya itu .

" Awak fikir saya barang ke , nak jual - jual macam tu ?! " Selepas satu jam menahan amarahnya , Geunyoung akhirnya terus melepaskan kemarahannya kepada Yoongi .

Cuba bayangkan . Selepas makan malam , Hajoon terus mengajak Yoongi untuk berbincang tentang kerjasama perusahaan keluarga mereka tanpa memikirkan perasaannya yang terasa seperti dipertaruhkan oleh ayahnya sendiri .

Gila ! Ayahnya memang mahu melihatnya sengsara kerana menolak perjodohannya dengan Jung Jaehyun . Fikirkan Hajoon sudah dapat membuka hati , menerima Yoongi sebagai bakal menantunya , tetapi ayahnya licik ! Dia menggunakan kuasanya untuk bekerjasama dan menjatuhkan syarikat keluarga Min , dan secara tak langsung mendera perasaannya !

" Doesn 't it sounds good ? Awak yang beria nak kahwin dengan saya , so my family dapat benefit jugaklah kan ? " Yoongi menatap anak mata gadis itu lalu tersenyum sinis . Senang dapat melihat Geunyoung berasa sakit hati , barangkali .

Dalam hati tidak habis Geunyoung menyumpah . Kalau tidak difikirkan dia sukakan lelaki di hadapannya itu , sebiji peluru sudah menembusi kepala Yoongi gamaknya .

Geunyoung menenangkan fikirannya sebelum turut menyunggingkan sebuah senyuman sinis , cukup sinis di pandangan Geunyoung .

Well . Jika Hajoon boleh bertindak licik , dia juga boleh melakukan perkara yang sama , bukan ?

" Well , well , well . Min Yoongi , don 't you remember apa yang papa saya cakap ? Not only him , saya pun boleh hancurkan apa yang awak ada kalau awak berani lukakan hati saya --- " Wajah Yoongi mula berubah apabila mendengar kata - kata yang keluar dari mulut gadis itu .

Geunyoung tersenyum puas . Gotcha !

" ---- tapi saya tak adalah sekejam papa , kan ? Badan luka pun saya boleh tahan , takkan sakit hati yang disebabkan oleh orang yang saya sayang boleh hancurkan seorang Jung Geunyoung , right ? "

❨𝗦𝗨❩ é𝗽𝗼𝘂𝘀𝗲-𝗺𝗼𝗶 - 𝗺𝘆𝗴Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang