Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
« èpouse - moi ° myg »
" Sudi tak doktor kahwin dengan saya ? " " Pardon me ? "
🌠🌠🌠
" Haih, penatnya --- "
Geunyoung yang baru selesai membersihkan badannya itu menyarung pajama ke tubuhnya sebelum dirinya berjalan ke arah katil yang sudah menyeru agar segera berehat di atasnya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Baru sahaja Geunyoung melabuhkan punggungnya ke atas tilam, pembesar suara yang menghubungkan biliknya dan semua ruang di dalam rumah agam keluarganya itu berbunyi, tanda seseorang berada di dalam talian.
" Cik muda ? Cik muda ada kat situ ke ? " Suara salah seorang anak buah Hajoon, Choi Soobin merangkap orang yang ditugaskan menjaga keamanannya di rumah mula berkumandang di dalam biliknya.
" Ya, Soobin. Saya dah ada kat bilik. Kenapa? " Daripada posisi duduk, Geunyoung terus merebahkan badannya ke atas katil. Ugh, lega !
" Takde la. Tuan Hajoon dari tadi tanya cik muda dekat mana. Katanya cik muda tak turun dinner ? " Geunyoung menganggukkan kepalanya, walaupun dia tahu yang Soobin tidak dapat melihat perbuatannya itu.
Memang dia tak makan malam bersama Hajoon malam tadi, sebab yelah --- Dia sibuk menguruskan pendaftaran Arrabelle di klinik haiwan petang tadi, ditambah dengan masalah trafik sewaktu dia ingin pulang ke rumah. Itu yang menyebabkan dia terpaksa singgah di restoran terdekat untuk memesan makan malam kerana dia tak boleh berlapar, memandangkan dia mempunyai gastrik.
Bercakap tentang klinik haiwan, fikiran Geunyoung terus melayang kepada doktor muda yang melanggarnya. Geunyoung merasakan pipinya mula memanas, dan terbuktilah bahawa pipinya memerah apabila teringatkan senyuman manis milik lelaki itu.
Yakuza seperti dirinya juga boleh jatuh cinta, huh ?
" Cik muda ..? " Geunyoung kembali ke realiti apabila suara Soobin memecahkan kesunyian antara mereka. Geunyoung berdehem membetulkan suaranya.