Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
.・。.・゜✭・.・✫・゜・。.
« èpouse-moi ° myg »
" I wish you know how much it destroyed me when you left. "
.・。.・゜✭・.・✫・゜・。.
Seoul, 7:30 pm.
Soobin mengerling Geunyoung yang masih termenung memandang jalan raya di tempat duduk belakang kereta itu. Soobin tersenyum nipis sebelum membuka bicaranya.
" Geunyoung, kau okay tak ni ?"
Geunyoung yang mendengar bicara Soobin seakan bertanyakan orang yang sedang kesedihan itu, hanya berdecit.
" Kau expected aku rasa bersalah ke sebab tembak lelaki tua tadi ? Hell, peluru tu tak ambik nyawa dia punlah. Ambik masa dua minggu je untuk luka kat bahu dia tu sembuh." Geunyoung kembali memandang jalanan Seoul yang mulai sibuk apabila langit sudah mula menunjukkan warna merahnya, tanda semua orang sedang sibuk untuk pulang ke rumah selepas seharian bekerja.
Soobin berdecit apabila mendengar bicara Geunyoung itu. Kereta yang dipandunya itu membelok masuk ke dalam kawasan perumahan seseorang yang mempunyai janji dengan sepupunya itu.
Soobin menarik brek keretanya dan kembali memandang wajah gadis yang duduk di tempat duduk penumpang itu. Sempat juga dia mengerling ke luar tingkap dan memerhatikan kawasan perumahan yang sudah semakin ramai dengan tetamu itu.
" Kau serius taknak aku teman kau masuk jumpa Jeon Jungkook tu ?" Geunyoung tersenyum nipis sebelum tangannya pantas mencapai rambut Soobin dan merosakkannya.
Soobin yang sedar akan perlakuan Geunyoung itu terus menolak tangan sepupunya yang masih setia berada di atas kepalanya. Riak wajahnya yang sudah keruh apabila memandu memasuki kawasan perumahan Jeon Jungkook itu, bertambah keruh apabila melihat Geunyoung yang hanya tersengih itu.
" Ya Tuhan, Jung Geunyoung ! Boleh tak jangan kacau rambut aku ?! Aku bukannya budak-budak lagi !" Geunyoung ketawa sebelum kembali membetulkan rambut Soobin yang sempat dia rosakkan itu.
Belum sempat Soobin mahu meneruskan bebelannya itu, Geunyoung pantas memotong bicara Soobin.
" Aku pergi dulu eh ? Lagi sejam kau datang, bawa baju tukar untuk aku sekali. Masuk je rumah aku tu, Yoongi dah pergi rumah family dia. Thankies, Bin !"
Tanpa menunggu lama, Geunyoung terus keluar dari perut kereta Mercedes Benz miliknya itu dan membetulkan busana yang dikenakan untuk parti malam itu.