thirty

322 76 23
                                    

« èpouse-moi ° myg »

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

« èpouse-moi ° myg »

" Boleh saya berharap yang awak akan cintakan saya dalam tempoh 100 hari ni ? "
" Jangan berharap tinggi sangat, sebab saya tak akan. "

🌠🌠🌠

     ~ What if, what if we run away ? What if, what if we left today -- ~

     Geunyoung meletakkan penyepit yang digunakan sebentar tadi di atas penutup bekalnya. Telefon pintarnya dicapai, dan dahinya sempat berkerut apabila melihat nama si pemanggil.

      Geunyoung menatap wajah Yoongi, yang juga sedang menatap wajahnya itu. Geunyoung tersengih seraya menunjukkan telefonnya. " Ada important calls, can I ? " 

     Yoongi mengangguk, sebelum menyumbat kembali mulutnya dengan masakan isterinya itu. " Pergilah. " Geunyoung tersenyum sebelum pintu bilik kerja sang doktor itu dibuka, perlahan dan langkahnya dibuka menuju ke taman mini klinik haiwan itu.

     Panggilan itu dijawabnya dengan perasaan gugup, berharap supaya tidak terjadi apa-apa kepada orang yang disayanginya itu.

      " Puan Geunyoung ? "  Geunyoung tersentak dari lamunannya dan segera menyambut panggilan itu. Bibirnya diketap, supaya tiada apa-apa yang terjadi kepada anak kesayangannya, Minjoon malah mencederakan kanak-kanak itu.

      " Puan boleh datang ke sekolah tak ? Minjoon bergaduh dengan rakan sekelas dia. "  Hampir terlepas telefon pintarnya yang berada di tangannya itu apabila mendengar informasi tersebut.

     " Jangan buat lawak, cikgu. Saya tak pernah ajar anak saya bergaduh dengan orang lain. " Geunyoung ketawa, cuba menutup kegelisahan hatinya.

     Tak mungkin anaknya bergaduh, kan ? Minjoon yang selama ini dijaganya dididik dengan elok, penuh sopan santun. Ditambah lagi sejak dua menjak ini, Seokjin yang sering menjaga anak lelakinya itu.

     Pemanggil yang berada di seberang talian hanya mampu melepaskan sebuah keluhan. " Puan boleh datang, tengok dengan mata puan sendiri. Saya tak yakin yang ibu mangsa -- " 

     Belum sempat sang guru mahu menghabiskan bicaranya, Geunyoung pantas memotong bicaranya. Mendengarkan perkataan 'ibu mangsa' itu hanya membuatkan hatinya memanas sahaja. Anaknya mangsa, bukannya orang lain !

      " Fifteen minutes, pastikan tak ada apa-apa yang berlaku dekat Minjoon. Kalau tak, bukan setakat sponsor yang saya bagi dekat sekolah tu saya tarik, dengan kerja cikgu saya lucutkan. " Panggilan terus diputuskan tanpa menunggu balaasan guru itu. 

❨𝗦𝗨❩ é𝗽𝗼𝘂𝘀𝗲-𝗺𝗼𝗶 - 𝗺𝘆𝗴Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang