Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
« èpouse - moi ° myg »
" Sudi tak doktor kahwin dengan saya ? " " Pardon me ? "
🌠🌠🌠
Geunyoung memaut lengan Yoongi , erat sambil berjalan di sekitar dewan itu dan menyapa para tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan mereka . Senyuman manis kekal terukir di wajah Geunyoung , manakala Yoongi terpaksa mengukir sebuah senyuman untuk mengelakkan orang berasa curiga .
" Ayy , Min Yoongi ! "
Yoongi terus menoleh ke belakang apabila mendengar namanya dipanggil seseorang . Seorang lelaki dan seorang gadis . Min Yoongi kenal mereka berdua . Park Jimin dan gadis pujaannya , Kim Yuha datang ke majlisnya .
" Dah lama ke sampai ? " Soalan dari Min Yoongi itu mendapat tumbukan dari Jimin di bahunya , perlahan . " Apa kau fikir aku ni apa ? Kawan baik aku kahwin , mestilah aku orang first yang sampai dewan . " Jimin berkata dengan penuh bangga . Yoongi hanya menggulingkan anak matanya , menyampah .
Pandangan Jimin dialihkan ke arah Geunyoung sebelum senyuman terukir di wajahnya . " Tahniah , cik muda . Kalau Yoongi ada sakitkan hati ke apa , tumbuk je dia . Saya sebagai kawan baik bagi keizinan . " Geunyoung hanya ketawa mendengar pesanan Jimin itu manakala Yoongi sudah terasa mahu memijak Jimin di situ juga .
" Glad to hear that , Park Jimin right ? " Jimin hanya menganggukkan kepalanya sebelum membisikkan sesuatu kepada Yuha yang berada di sebelahnya .
" Cik muda , tuan muda . Acara tari menari akan diadakan sebentar lagi . Saya ditugaskan untuk menjemput cik dan tuan muda untuk ke tengah . " Suara seorang pelayan dari belakang pasangan pengantin itu mengejutkan mereka berdua .
Dahi Yoongi sudah berkerut , manakala Geunyoung sudah berasa lain . Mereka berdua berpandangan sebelum mengucapkan , " Saya tak pandai menari --- "
Kedua pasangan pengantin itu terdiam apabila mengucapkan perkara yang sama. Akhirnya, Jimin yang memecahkan kesunyian antara mereka berdua. " Like seriously dua-dua kayu ? Haish, hyung. Nak taknak kau kena menari jugak kat tengah-tengah tu jugaklah kan sebab isteri kau orang penting. "
Yoongi menggeleng laju. Buang tabiat ke apa dia yang tak pernah menari sepanjang hidup dia, tiba-tiba nak menari kat tengah dewan ? Hell, no !
" Uhm, tuan muda ? " Si pelayan pula yang menjadi bingung apabila melihat reaksi yang ditunjukkan oleh suami anak majikannya itu. Geunyoung hanya tersenyum kaku sebelum tangan Yoongi itu digenggam erat . " Nanti lepas dah start, kami masuk . "