Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
« èpouse-moi ° myg »
" Sudi tak doktor kahwin dengan saya ? " " Pardon me ? "
🌠🌠🌠
" Lawa cincin ? " Geunyoung yang sedang mencari bahan untuk memasak makanan bagi menghargai pengorbanan Hoseok yang sanggup menemaninya yang sendu di Sungai Han sehingga jam 3 pagi, terus menoleh ke belakang apabila mendengar suara ayahnya.
Geunyoung hanya tersenyum sinis . " Of course la lawa, anak papa secara rasminya dah jadi tunang orang kot. " Geunyoung menilik cincin berlian yang tersemat kemas di jari manisnya, sebelum tersenyum nipis. Ya, tunang orang --- Tunang paksaan lebih tepatnya.
Tanpa menghiraukan pandangan tajam Hajoon itu, Geunyoung terus mengeluarkan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan spaghetti carbonara. Rasanya, Hoseok telan je semua benda em.
" Seok-ah ! Spaghetti carbonara ? "Jung Hoseok yang sedang meneguk jus oren di kaunter dapur itu hanya menunjukkan isyarat okay kepada gadis itu seraya tersengih. Apa kau fikir senang ke nak tengok sepupu dia masak ? " Apa yang kau masak, semua aku makan hehe. " Geunyoung hampir ketawa melihat Hoseok yang tidak berhenti tersengih itu.
Hajoon pula menatap mereka berdua dengan pandangan curiga. Tangan anaknya dan Hoseok dipandang. " Don't tell me, Hoseok bakal menantu papa ? " Hajoon mengangkat keningnya, menunggu jawapan anaknya.
Ya, boleh jadi juga Hoseok yang bakal menjadi pendamping hidup anak perempuannya itu, jika melihatkan keakraban mereka sejak kecil. Kalau tak Hoseok pun, mesti Kim Yohan yang juga merupakan anak saudaranya itu.
" Uhuk, uhuk ! Koff koff ! " Terus tersedak anak lelaki keturunan Jung yang pertama itu. Geunyoung yang mendengar kata-kata merepek yang keluar dari mulut Hajoon itu terus menepuk dahi. Dah bila masa pulak dia ada perasaan nak jadikan Hoseok itu sebagai suaminya ?
Segelas air kosong diambil lalu dihulurkan kepada Hoseok. Hoseok terus meneguk air, rakus. Ugh, sakit tekaknya. " Pakcik merapu apa ni ? Ei taknak Hoseok dengan anak pakcik ni. Tak feel la kahwin dengan sepupu sendiri. " Hoseok ketawa, cukup palsu di pendengaran Geunyoung. Belakang Hoseok itu ditepuknya supaya dapat melegakan Hoseok.
" Dah, dah. Aku dah okay. Pergilah sambung masak, Chef Jung hehe. "Sebuah jelingan diberikan kepada Hoseok lalu Geunyoung terus kembali ke dapur untuk menyediakan hidangan untuk sepupunya itu.
" Kalau bukan Hoseok, takkan Kim Yohan kot ? " Geunyoung mendengus sebelum wajah Hajoon dipandang. Bahan-bahan yang dipegangnya itu diletakkan ke dalam sinki sebelum pinggangnya dicekak.