« èpouse-moi ° myg »
" Sudi tak doktor kahwin dengan saya ? "
" Pardon me ? "🌠🌠🌠
Yoongi mendengus apabila melihat kemesraan isterinya dengan lelaki-lelaki yang dipanggil Hongseok dan Hyeonggu itu -- Malah masih memeluk isterinya itu.
Malas mahu menunggu Geunyoung menyedari kehadirannya di situ, lelaki itu terus berlalu dan terus berjalan menuju ke taman belakang, tempat di mana kesemua haiwan jagaannya berehat di situ. Perasaan risau kepada Geunyoung sebentar tadi terus menghilang, kini digantikan dengan perasaan kesal yang tak terhingga.
Sampai sahaja di taman mini itu, Yoongi terus duduk di atas rumput dan anak-anak anjing yang sedang berkejaran itu terus mengerumuni doktor muda itu. Yoongi tersenyum hambar dan tubuh berbulu mereka itu diusapnya, perlahan.
" Tch, kata suka aku bagai-- Tapi sekarang peluk-peluk lelaki lain. Dulu si Jeon Jungkook tu, sekarang dengan apa nama dia ? Hongseok ? Hyeonggu ? " Tanpa disedarinya, mulutnya terus merungut dan meluahkan perasaan kesalnya yang tak terhingga itu.
Cemburu ke tu bang ? Eh --
Di dalam klinik itu pula, Geunyoung sudah melepaskan pelukannya dan baru mengingati tujuan kehadirannya ke klinik haiwan itu. Tangannya terus mencapai bekal yang ditinggalkannya sebentar tadi. Wajah kedua-dua rakan baiknya itu dipandangnya, tajam.
" Duh, jumpa korang berdua ni -- Terus lupa aku nak buat apa. Kesian suami aku tak lunch lagi eyy ! " Hongseok yang mendengar perkataan suami keluar dari mulut Geunyoung itu membulatkan matanya. " Kau dah kahwin ?! "
Hongseok menekup mulutnya apabila sedar suaranya dapat didengari di seluruh klinik itu. Pandangannya dialihkan, cuba melihat reaksi Hyeonggu yang berada di sebelahnya itu. Reaksi Hyeonggu cuba dibacanya, tetapi dia tahu satu fakta -- yang seorang Kang Hyeonggu sangat pintar menyembunyikan emosinya.
Hyeonggu ketawa kecil, sebelum bahu gadis itu ditolaknya sedikit. " Duh, bila kau kahwin ? Dahlah tak jemput, damn it's hurt. " Geunyoung yang mendengar nada suara Hyeonggu yang seakan jauh hati itu hanya mampu ketawa kecil.
Geunyoung mengangkat tangan kanannya, dan menunjukkan jari manisnya yang tersarung sebentuk cincin berlian pemberian Yoongi itu. " Hehe, minggu lepas. Ala, bukan sengaja tak jemput. Aku ingat korang kat Italy lagi, lagipun majlis kecil je. Aku pun jemput family je. " Jelas Geunyoung, ditambah dengan senyuman manisnya.
YOU ARE READING
❨𝗦𝗨❩ é𝗽𝗼𝘂𝘀𝗲-𝗺𝗼𝗶 - 𝗺𝘆𝗴
Fanfic【 𝐀 𝟐𝟎𝟏𝟗 𝐁𝐓𝐒 𝐌𝐢𝐧 𝐘𝐨𝐨𝐧𝐠𝐢'𝐬 𝐟𝐚𝐧𝐟𝐢𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 】 𝐉𝐮𝐧𝐠 𝐆𝐞𝐮𝐧𝐲𝐨𝐮𝐧𝐠 𝐢𝐭𝐮 𝐤𝐞𝐣𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐤𝐮𝐳𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐢𝐫 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐢𝐫𝐢𝐧𝐲𝐚. 𝐌𝐢𝐧 𝐘𝐨𝐨𝐧𝐠𝐢 𝐢𝐭𝐮 𝐩𝐮𝐥...