Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
« èpouse-moi ° myg »
" Sudi tak doktor kahwin dengan saya ? " " Pardon me ? "
🌠🌠🌠
Sesuai dengan janjinya, Geunyoung terus menuju ke bilik tidurnya dan tidak mengambil masa yang lama untuk gadis itu melelapkan matanya. Yoongi pula masih berada di dapur, mengemas apa yang patut. Dari mencuci pinggan dan peralatan memasak yang digunakan oleh isterinya itu hingga mencuci pakaian yang digunakan mereka di dobi, semuanya dia lakukan sendiri.
Lagipun dia sudah terbiasa memandangkan dia hanya tinggal berseorang di apartmentnya, jauh dari ibu bapanya sebelum berkahwin dengan pewaris Jung Legacy itu.
Selesai menghabiskan tugasnya, lelaki itu duduk sebentar di atas sofa, cuba menghilangkan rasa penatnya. Jam tangan Rolex yang berada di pergelangan tangan kanannya itu ditilik. Huh, baru pukul 7:30 pagi ?
" Ah, kena call ayah Geunyoung.. " Baru teringat dengan janjinya kepada isterinya itu, dia segera meninggalkan ruang tamu dan memanjat anak tangga untuk ke biliknya, mengambil telefonnya. Di tengah jalan, dia bertemu pula dengan Arrabelle. Mungkin baru keluar dari bilik isterinya ?
" Meow.. " Arrabelle mengiau dan mula mendekati tuan barunya itu. Yoongi hanya ketawa kecil sebelum tubuh berbulu Arrabelle itu diangkat sebelum dipangkunya. Kepala kucing comel itu diusap lembut. " Baru bangun, kitten ? Teman papa kejap eh ? Nanti papa bagi makan. " Arrabelle hanya mengiau, tanda bersetuju dan Yoongi pun membawa Arrabelle bersamanya, menuju ke bilik tidurnya.
Telefon pintarnya yang berada di atas katil itu dicapainya, sebelum tubuh Arrabelle itu diletakkan di atas katil. Belum sempat dia mahu membuat panggilan ke ayah mertuanya, ada sesuatu yang menarik perhatian lelaki itu. Matanya yang sedia kecil itu semakin menyepet apabila melihat ada pesanan untuknya.
Wajahnya bertukar keruh apabila melihat nama dan wajah orang yang menghantar pesanan kepadanya itu. " Zhou -- Jieqiong ? " Mustahil dirinya tidak mengenal gadis yang berasal dari Tanah Besar China itu, lebih-lebih lagi gadis itu ada kaitan dengan masa lalunya.
" Haih.. " Mesej dari Jieqiong itu hanya dibiarkan sahaja, tidak berniat untuk membalas mesej tersebut. Nombor ayah mertuanya itu didail. Ya, walaupun gugup sama seperti kali pertama mereka bertemu tiga minggu yang lalu, nak buat macam mana lagi ? Dia pun dah terlanjur berjanji dengan isterinya itu.
Tak sampai tiga detik, panggilannya diangkat oleh ayah mertuanya yang mungkin sedang bersiap untuk ke perusahaannya. " Selamat pagi, abeoji.. " Yoongi sudah mula menggigit bibirnya, menanti suara Hajoon itu. Gila, dia sudah terbayang wajah tegas dan kelihatan tidak mesra milik ayah mertuanya itu.