Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
« èpouse - moi ° myg »
" Sudi tak doktor kahwin dengan saya ? " " Pardon me ? "
🌠🌠🌠
" Selamat datang ke Elyssa Boutique --- Oh my god ! Cik muda Jung Geunyoung lah ! " Baru sahaja masuk ke dalam butik perkahwinan milik sahabat Puan Min itu , Geunyoung sudah diserang oleh para pekerja butik itu .
Geunyoung juga sedaya upaya cuba mengelakkan pekerja - pekerja itu menyentuh lengannya yang baru dirawat itu . Demi Tuhan , kenapa dengan mereka ini ?!
" Uhm , jangan sentuh bakal isteri saya . Dia tak selesa . " Serentak dengan itu , Geunyoung merasakan dirinya ditarik sehingga ke belakang seseorang , dilindungi olehnya . Min Yoongi .
Jujur gadis itu katakan , walaupun cara lelaki itu mengungkapkan ayat tersebut boleh dikatakan agak dingin --- Suara lelaki itu berjaya membuatkan jantungnya berdegup kencang , sama seperti kali pertama mereka berdua bertemu .
Para pekerja pula sudah mula menunjukkan pelbagai reaksi . Mungkin mahu mengatakan yang dirinya agak mengada ataupun Yoongi yang kelihatan seperti overprotective ? Geunyoung malas mengambil tahu , asalkan dia selamat daripada perhatian yang melebih mereka berikan kepada gadis itu .
Yoongi pula berdehem , cuba meredakan suasana tegang . " Mana aunty Elyssa ? Saya nak fitting baju kahwin . "Mata Yoongi melilau memandang sekeling butik itu , mencari sosok tubuh kawan baik ibunya itu .
" Hai , bakal pengantin . Takkan dah nak kahwin dengan perempuan cantik , tak nampak aunty yang cantik ni ? " Yoongi dan Geunyoung terus menoleh apabila mendengar suara seorang wanita , iaitu Elyssa Han .
Yoongi hanya tersenyum hambar . " Dah lama tak jumpa aunty . Mana nak perasan dah . " Puan Han hanya ketawa dan menggelengkan kepalanya . " Aunty pun dah lama tak jumpa kamu . Tengok - tengok nak kahwin dah . "
Geunyoung hanya memerhatikan mereka berdua berbual dengan sangat rancak , sehinggakan dia terasa dipinggirkan di situ . Mungkin baru menyedari kehadiran Geunyoung , Puan Han terus menegurnya .
" You must be Jung Geunyoung , right ? Jung 's Legacy daughter ? " Mendengarkan namanya disebut oleh wanita itu , Geunyoung hanya mengukirkan sebuah senyuman dan mengangguk kecil .
Puan Han hanya tergelak kecil . " Lah , tak adalah cantik mana tunang kamu ni , Yoongi . Kalau aunty tau , dah lama aunty teruskan rancangan aunty nak jodohkan Erica dengan kamu . " Bahu Yoongi ditamparnya sedikit .