nine

491 130 45
                                    

« èpouse - moi »

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

« èpouse - moi »

" Sudi tak doktor kahwin dengan saya ? "
" Pardon me ? "

🌠🌠🌠

Hari Sabtu . Hari yang sepatutnya menjadi hari yang paling bahagia bagi seorang Min Yoongi kerana dapat berehat , terbongkang atas katil dan segalanya yang berkaitan dengan rehat . Tapi , bukan untuk Sabtu minggu ini .

Ya , disebabkan taknak dicop anak derhaka sekali lagi --- Dia berada di hadapan rumah agam keluarganya . Memenuhi hasrat ibunya yang ingin memperkenalkan dirinya dengan calon isteri yang ibunya sangat berkenan , Shin Suran .

Ugh , Yoongi tak suka perasaan ini , di mana dia terhimpit dengan pelbagai masalah . Sudah diberitahu yang dia masih belum bersedia untuk berkahwin , ibunya sudah mula memaksa untuk menerima Suran sebagai isterinya , dan datang pula Jung Geunyoung yang tiba - tiba melamarnya menjadi suaminya . Demi Tuhan , dugaan apa yang diberikan kepadanya sekarang ?

" Yoongi ? "

Suara seorang wanita yang menegurnya dari muka pintu itu membuatkan dirinya menoleh ke belakang . Wajahnya tidak beriak . Ya , itulah wanita yang ibunya sangat berkenan untuk dijadikan sebagai pendamping hidupnya , Shin Suran .

" Uhm . Mana mama ? " Matanya melilau ke sekeling taman mini rumah keluarganya itu . Selalunya ibunya itu lebih suka bersembang sambil meminum teh di kawasan taman ini sekiranya isteri rakan - rakan bisnes ayahnya datang berkunjung .

" Aunty ada kat dapur dengan mummy . Aunty suruh sambut awak dulu lepas tu duduk dekat taman sementara diorang tengah siapkan makanan tengahari . " Yoongi mengerutkan dahinya apabila mendengar jawapan Suran itu . Heol ? Dia dan Suran , duduk di taman berdua ?

Ugh , dia taknak ! Boleh tak kalau dia tolak pelawaan wanita itu tanpa dimarahi oleh ibunya ? Tiba - tiba , matanya tertancap ke arah cincin yang masih tersarung di jari manisnya . Huh , kenapa dia tidak menanggalkan cincin itu sebelum melawat keluarganya ?

Sebab cincin yang Jung Geunyoung belikan untuk dia ni terlalu muat untuknya sehinggakan dia tidak dapat menanggalkan cincin itu !

Mahu tidak mahu , Yoongi mengangkat tangan kanannya lalu menggaru pipinya , sengaja mahu menayang cincin berlian itu kepada Suran . Orang bodoh sahaja yang tidak dapat menganggap bahawa cincin berlian merupakan cincin tanda pertunangan atau perkahwinan , dan bukannya cincin persahabatan tanpa makna .

" Saya nak masuk rumah , duduk kat ruang tamu je . " Yoongi sempat menangkap Suran sempat mengerling ke arah cincin itu dan wajahnya bertukar mendung tetapi riaknya cuba dikawal . " Tu cincin tunang eh ? Aunty tak cakap pulak awak dah berpunya . "

❨𝗦𝗨❩ é𝗽𝗼𝘂𝘀𝗲-𝗺𝗼𝗶 - 𝗺𝘆𝗴Where stories live. Discover now