Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
« èpouse-moi ° myg »
" Sudi tak doktor kahwin dengan saya ? " " Pardon me ? "
🌠🌠🌠
Malam sudah berlalu, dan matahari sudah muncul untuk menggantikan tugas bulan yang menghiasi langit. Yoongi yang masih lena di atas tilam itu perlahan-lahan membuka matanya apabila bunyi alarm telefon pintarnya berbunyi, dan sangat menganggu dirinya.
Yoongi mencapai telefon pintarnya dan bunyi itu dimatikan. Lelaki itu terus bangun dari pembaringan dan menyandar di kepala katil. Badannya diregangkan sedikit, untuk menyegarkan matanya yang masih mahu tertutup itu.
" Harini kena masuk kerja la kan ? " Yoongi menggosok matanya sebelum skrin telefon pintarnya itu dibuka kembali. 6:00 a.m. . Yoongi melepaskan sebuah keluhan, masih terlalu awal untuknya. Masuk klinik tu pun pukul 8 atau 8:30 pagi selalunya, kerana kliniknya itu akan dibuka pada pukul 10 pagi setiap hari. Kalau pergi awal pun, Hyera yang menjaga kaunter tu pun tak sampai lagi gamaknya.
" Huh, bangun jelah.. " Serentak dengan itu, lelaki itu melunjurkan kakinya ke bawah dan menyarung selipar rumah itu. Dia berlalu ke bilik air untuk mencuci wajahnya dan menggosok gigi untuk menghilangkan wajah mengantuknya itu. Langkahnya diatur keluar dari bilik itu tanpa membawa apa-apa, termasuklah telefon pintarnya.
Tanpa disedarinya, ada pesanan yang dihantar kepadanya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Yoongi berjalan di sepanjang koridor tingkat dua rumah agamnya itu. Terasa sunyi, tetapi itulah hakikatnya. Hanya dia dan isterinya sahaja yang tinggal di dalam rumah itu. Lee Jeno yang menjadi pak jaga rumahnya itu pun pulang ke rumah yang disediakan oleh isterinya itu.
Yoongi berjalan melepasi bilik isterinya, tetapi tidak mendengar sebarang suara di dalam bilik itu. Tidur lagi ke ? Detik hati lelaki itu.
Yoongi menggelengkan kepalanya apabila menyedari apa yang terlintas di fikirannya itu. " Duh, buat apa aku nak risau pasal dia ? " Katanya sebelum kembali berjalan ke arah tangga yang menghubungkan tingkat bawah dan tingkat atas itu. Belum sampai lima langkah dia melangkah, langkahnya terhenti.