Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
« èpouse-moi ° myg »
" Sudi tak doktor kahwin dengan saya ? " " Pardon me ? "
🌠🌠🌠
MoMo Cafe;
" Oh ? Cik muda Jung ! "
Sebaik sahaja Geunyoung melangkah masuk ke dalam kafe itu bersama suaminya, dia terus disambut oleh para pelayan di situ. Geunyoung hanya tersengih di muka pintu, agak kekok apabila para pekerja menyapanya dengan ceria ketika ramai pelanggan di kafe itu. Manakala Yoongi yang berada di sebelahnya, agak tercengang apabila kehadiran mereka berdua disambut dengan riang.
Duh, siapa sebenarnya isteri dia ni ? Hanya anak perempuan tunggal seorang CEO yang terkenal di Korea Selatan je kan ?
Geunyoung menggosok belakang lehernya, cuba menghilangkan rasa segannya. " Ah, ya. Saya la, takkan orang lain pulak hehe. " Pandangan dua orang pekerja yang menyambutnya di muka pintu itu terus beralih kepada Yoongi, yang tetap berada di sebelah orang yang paling dinantikan oleh mereka itu.
Mereka berdua tersenyum, penuh makna. " Ah, cik muda tak datang seorang dah sekarang, ada peneman uwu. " Geunyoung hanya mampu ketawa, dan rona merah mula muncul di kedua belah pipinya, cukup untuk menunjukkan yang dia segan dengan usikan yang diberikan oleh kedua pekerja yang akrab dengannya itu.
" Aish, Yuqi-ssi ! Jangan la buat saya macam ni ! Anyway -- " Geunyoung mendekat, membisikkan sesuatu kepada Yuqi dan rakan sejawatnya, Shuhua. " --- bibimbap Chef Jang macam biasa eh ? Bagi tiga mangkuk hehe. "
Mata Shuhua membulat apabila mendengar pesanan Geunyoung itu. " Omo, cik muda ! Banyaknya ! " Geunyoung tersengih, sebelum membuat tanda peace.
" Jangan lupa tau ! " Serentak dengan itu, Geunyoung menarik tangan Yoongi yang masih bingung dengan persekitaran di sekelilingnya, mengikut jejaknya menuju ke tempat kegemarannya sekiranya berkunjung ke kafe itu.
" Dah selalu datang sini ke ? " Soalan pertama yang meluncur keluar dari mulut suaminya itu apabila mereka berdua mengambil tempat duduk. Geunyoung yang masih membetulkan pakaiannya itu terus mendongak, memandang wajah Yoongi.
" Ah, tu.. " Geunyoung hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya. " Selalu jugak la, sebab sehala dengan office papa. Alang-alang singgah makan dulu kat sini, lepas tu bungkus untuk papa dengan Hoseok sikit. "
" Hoseok ? " Yoongi menyebutkan kembali nama sahabatnya ketika berada di bangku sekolah itu. Jika difikirkan balik, dia sendiri tak percaya ketika Hoseok mengenalkan Geunyoung sebagai sepupunya, tepat selepas gadis itu melamarnya untuk menjadi suaminya.