eighteen

500 105 35
                                    

« èpouse-moi ° myg »" Sudi tak doktor kahwin dengan saya ? "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

« èpouse-moi ° myg »
" Sudi tak doktor kahwin dengan saya ? "

" Pardon me ? "

🌠🌠🌠

Yoongi membuka matanya apabila merasakan cahaya matahari mula menerangi ruangannya itu. Matanya dikelip beberapa kali, cuba menerim cahaya itu masuk ke dalam matanya.

" Ugh, aku kat mana ni ? " Pandangannya melilau, memerhatikan suasana bilik tidur yang mewah daripada apartment miliknya itu. Merasakan deru nafas seseorang di ceruk lehernya, Yoongi menolehkan kepalanya dan matanya membulat apabila melihat seorang gadis yang sedar tertidur lena di sebelahnya -- Dan memeluk tubuhnya seakan dirinya merupakan bantal peluknya.

     Kenapa -- Jung Geunyoung si perempuan tak tahu malu itu sedang lena itu berada di dalam pelukannya huh ? Yoongi memejam matanya, cuba mengingat kejadian yang berlaku semalam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kenapa -- Jung Geunyoung si perempuan tak tahu malu itu sedang lena itu berada di dalam pelukannya huh ? Yoongi memejam matanya, cuba mengingat kejadian yang berlaku semalam.

Dirinya memakai tuxedo, gadis itu mengenakan gaun pengantin. Berjalan di atas altar, mengucapkan janji di hadapan semua tetamu. Mereka berdua bertengkar, dan berakhir dengan adegan seorang Min Yoongi mendukung gadis itu pulang ke rumah, gara-gara ada yang cuba menbunuh gadis itu ketika majlis perkahwinannya sendiri.

Yoongi meraup wajahnya. Oh ya, semalam merupakan majlis perkahwinannya dengan Jung Geunyoung, hari di mana dia telah rasmi menjadi suami 100 hari kepada gadis itu.

Dengan berhati-hati, Yoongi cuba merungkaikan pelukan gadis itu, tetapi Geunyoung lebih pantas memeluk tubuh suaminya itu, lebih erat dari sebelumnya. Wajah gadis itu disembamkan ke dada lelaki itu, menghirup aroma mint yang menjadi kegilaan dan penenangnya baru-baru ini.

" Awal lagilah, tidurlah balik. " Geunyoung menggumam perlahan, sebelum tubuh lelaki itu dibawa semakin dekat dengannya. Pipi Yoongi merona merah sehinggakan dia dapat merasakan tubuhnya memanas apabila terasa tubuh gadis itu semakin rapat dengannya. Hey, ini tiada dalam perjanjian mereka !

Yoongi sedaya-upaya cuba menolak tubuh gadis itu supaya menjauhinya. " A-- Awal apanya ?! Dah nak pukul 9:00 pagi, awak tahu -- " Belum sempat Yoongi mahu menghabiskan bicaranya, terasa ada sesuatu yang lembap hinggap di atas bibirnya. Yoongi terkedu apabila melihat gadis itu mencium bibirnya dengan mata yang masih tertutup, seakan-akan masih dalam lenanya.

❨𝗦𝗨❩ é𝗽𝗼𝘂𝘀𝗲-𝗺𝗼𝗶 - 𝗺𝘆𝗴Where stories live. Discover now