Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
【 épouse-moi — myg 】
❝ 𝗜 𝘄𝗮𝘀 𝗽𝗿𝗲𝗽𝗮𝗿𝗲𝗱, 𝗯𝘂𝘁 𝗶𝘁 𝘀𝘁𝗶𝗹𝗹 𝗵𝘂𝗿𝘁. ❞
✜ ✜ ✜
Min's Mansion.
Yoongi memasukkan bagasi yang berisi bajunya dan Geunyoung ke dalam bonet, sebelum kembali mendapatkan Geunyoung yang masih berbual dengan ayahnya— mungkin masih berbincang tentang kerjasama antara syarikat keluarga mereka berdua ?
Lelaki berkulit pucat itu tersenyum nipis tanpa dia sedari apabila melihat interaksi antara isteri dan ayahnya itu. Mengingati bagaimana ayahnya pernah mengeluh bahawa dia sangat menginginkan seorang anak perempuan, tetapi Yoongi yang hadir ke dalam keluarga kecil mereka. Mungkin itu merupakan salah satu sebab ayahnya sangat menginginkan menantu secepatnya, dan isterinya hadir ke dalam hidup ayahnya itu.
Tapi, mampukah dia untuk mengekalkan kebahagiaan ayahnya itu, jika perkahwinan antara dirinya dan Geunyoung itu hanya bertahan selama 100 hari ?
Tiba-tiba, ingatannya berputar kembali apabila mengingati kata-kata Geunyoung sebelum mereka berdua lena dibuai mimpi. Yoongi mengusap wajahnya, cuba menghilangkan perasaan gusar di dalam hatinya.
Dia cuma perlu berusaha, tetapi jika dilihat apa usahanya selama bergelar suami kepada Jung Geunyoung— rasanya dirinya sudah layak digelar sebagai suami yang tidak pernah berusaha untuk menerima seorang isteri dalam hidupnya.
"Hah, apa-apa jelah. Ada dua bulan lagi, mana tahu hati aku berubah ?" Langkahnya diatur mendekati Geunyoung yang bergelak ketawa bersama ayahnya, sebelum pinggang ramping milik isterinya itu diraihnya.
Geunyoung yang masih berbual dengan ayah mertuanya itu dibuat terkejut dengan perilaku Yoongi, yang tiba-tiba sahaja memperlakukannya seolah-olah pasangan yang sedang dilamun cinta.
Geunyoung menoleh dan memandang Yoongi yang jelas lebih tinggi daripadanya itu dengan pandangan 'awak-dah-kenapa', namun Yoongi hanya mengabaikan sahaja pandangan isterinya yang jelas bingung dengannya itu.
Tanpa sebarang amaran, kepala Geunyoung dikucup pantas, dan Geunyoung terperanjat dengan perbuatan suaminya itu. Secara refleks, Geunyoung menampar lengan Yoongi, perlahan.
"Awak ni dah kenapa ?!" Wajah jelita Geunyoung itu jelas kemerahan, menunjukkan gadis itu berasa malu dengan perlakuan tidak terduga suaminya itu, dan itu membuatkan Yoongi tersengih.