"Siapa tu ibu?" soal seorang gadis remaja apabila ternampak lori di sebelah rumahnya sebaik sahaja pulang dari sekolah. Jiran baru kut?
"Itu Pak cik Syed and family dia. Jiran baru kita. Kawan ayah kamu juga," terang Puan Hafizah kepada anak gadisnya itu.
"Ooo. Kenapa Pak cik Syed pindah sini bu?" soalnya lagi ingin tahu. Menyibuk je kerjanya.
"Manalah ibu tahu Rara oi. Ni dengan baju sekolah tak reti nak tukar ke? Dah besar panjang pun kena ibu bebelkan lagi? Apa nak jadi dengan kamu ni Rara? Esok-esok dah kahwin, lari suami kamu nanti," dan bermulalah sesi membebel khas dari Puan Hafizah. Sehari tak buat exercise mulut memang tak sah.
Gadis berbaju uniform sekolah lengkap itu hanya memekakkan telinga seraya meninggalkan ibunya yang masih lancar membebel di ruang tamu. Begitulah harinya sejak meningkat remaja.
* * * * * *
Perlahan-lahan dia memulas tombol pintu bilik sebelah biliknya. Memang tiada bunyi langsung. Bilik siapa lagi kalau bukan bilik abangnya.
"Woi!" sergahnya lalu ketawa terbahak-bahak sehingga tak cukup nafas apabila melihat reaksi abangnya yang terkejut beruk. Muka buruk tak boleh bawa bincang!
"Kau kenapa Zahratunnisa?! Dah lama tak makan tapak kaki aku ke?" soal si abang dengan muka bengis. Selalu buat orang terkejut. Fikir lawak la tu?
"Alaa rilekslah abangku sayang. Rara gurau je lah," pujuk Zahra sambil tersengih-sengih menunjukkan baris gigi yang tersusun cantik dan sepasang lesung pipit. Memang pujaan hati lelaki malaya lah!
"Gurau apa bendanya macam tu? Tak senonoh langsung perangai! Bagitahu ibu nanti baru tahu! Macam manalah nasib suami kau nanti Rara," ujar abangnya atau lebih mesra dipanggil Zakwan. Atau lebih mesra lagi, Zack.
Zahra mengerutkan dahi dan mengangkat sebelah keningnya. Ada lah tu yang dia nak marah.
"Dah kenapa dengan semua orang hari ni? Kahwin, suami, kahwin, suami! Memang nak sangat Rara kahwin ke apa?" soal Zahra dengan nada yang sedikit tinggi. Naik darah juga kalau sebut benda yang dia tidak suka berulang-ulang kali.
"Rileks, Ra. Aku gurau je. Don't take it too serious. Ni yang kau datang lewat-lewat malam ke bilik aku ni apahal?" soal Zakwan cuba mengalih topik. Tak mahu terus dimarahi adiknya dan menjadi mangsa pukulan padu Zahratunnisa.
"Ni tolong ajarkan soalan ni," minta Zahra sambil menghulurkan sehelai kertas berukuran A4 kepada abangnya. Sekejap saja marahnya bertahan. Mana mungkin dia memarahi atau merajuk dengan abangnya itu lama-lama.
"Dah agak dah," monolog Zakwan sendirian tetapi masih boleh didengari oleh Zahra.
Zahra hanya menjeling dan mengejek kata-kata abangnya di belakangnya. Kalau buat depan-depan pasti dia akan dihalau keluar dari bilik abangnya itu. Tak sanggup lagi aku~
Heyyo everyone!
Amacam first chapt?
Okay dak?Thank you for reading!
Stay tuned for the next chapter!
💛
YOU ARE READING
DIA ISTERIKU
Random[ C O M P L E T E D ] Kehidupan Zahra berubah 70% apabila mendapat tahu yang dia bakal mendirikan rumah tangga seawal usia 17 tahun. Semuanya berlaku gara-gara wasiat tak masuk akal arwah ayahnya. Belajar di kelas sama dengan suaminya bukanlah sesua...