B A B 10

910 40 0
                                    

Malam ini giliran tidur di rumah Syed Hadi. Agak kekok sebenarnya bagi Zahra untuk tidur bukan pada katilnya. Namun apakan daya, dia tetap harus bergilir walaupun rumah mereka hanya bersebelahan.

Buku latihan subjek matematik tambahan yang dibawa diambil untuk melengkapkan 'homework' yang diberikan oleh cikgunya.

Soalan ditenung agak lama sehingga mahu tembus kertas dibuatnya. Soalannya panjang, berbelit-belit, hanya ada huruf-huruf pemboleh ubah dan ianya memeningkan seorang Zahratunnisa.

Kalau dulu, bolehlah dia menyimpang ke bilik abangnya untuk bertanya atau meminta tunjuk ajar memandangkan abangnya itu sangat bijak dalam sabjek matematik tambahan.

Namun sekarang dia harus bergantung pada siapa? Nak mesej cikgu, risau menganggu pula. Sekarang sudah masuk jam 11 malam. Mungkin cikgunya sudah tidur.

Syed Hadi pula entah hilang ke mana. Sejak isyak lagi dia sudah keluar dari bilik tanpa memberitahu sepatah perkataan pun kepada isterinya. Mentang-mentanglah duduk rumah dia, suka hati saja tinggal Zahra sendirian di dalam biliknya itu.

Seketika kemudian, Syed Hadi masuk ke dalam bilik bersama-sama satu cawan berisi minuman. Panjang umurnya. Baru saja mengutuk, dah muncul!

Cawan itu diletakkan di atas meja iaitu di tempat Zahra duduk untuk menyiapkan 'homework'.

Syed Hadi menuju ke katil tanpa menegur isterinya. Apa pula salah Zahra kali ini?

Zahra sudah mula pelik dengan tingkah laku suaminya itu. Nak tegur ke tak nak? Dia melihat kertas kosong di hadapannya dan muncul satu alasan untuk berkomunikasi dengan Syed Hadi. Melalui soalan matematik tambahan!

"Hadi..." panggil Zahra lembut. Mestilah kena lembut. Nak minta tolong kan?

Namun, panggilan selembut salju itu gagal menarik perhatian Syed Hadi yang sedang melihat telefon pintarnya.

"Hadi~" panggil Zahra lagi. Semakin meleret pula panggilannya. Kalau orang lain mungkin sudah cair dengan panggilan tersebut tapi tidak untuk Syed Hadi.

Tiba-tiba Zahra menepuk perlahan dahinya. Sudah tahu di mana salahnya. Sudah banyak kali dia tersasul memanggil suaminya dengan nama 'Hadi'. Mungkin panggilan 'abang' yang diharapkan oleh lelaki itu.

"Abang," panggil Zahra lagi namun tidak selembut tadi. Ternyata benar sangkaannya.

Syed Hadi mengalihkan pandangannya ke arah Zahra. Menanti apa yang akan disampaikan oleh isterinya.

"Sini jap," ujar Zahra perlahan. Takut sebenarnya. Takut pelawaannya tidak dihiraukan oleh lelaki yang tiba-tiba berwajah beku itu.

Syed Hadi hanya menurut dan menuju ke arah meja belajarnya. Mungkin sudah menjadi milik isterinya.

"Abang marah saya?" soal Zahra apabila suaminya berada di depannya.

"Tak," jawab Syed Hadi sepatah. Selalunya kalau jawab macam ni marah ke tak?

Zahra memandang mata suaminya untuk mencari kejujuran lelaki itu. Namun tiada apa-apa yang terpamer. Sungguh lelaki itu pandai mengawal emosi.

Kalau betul dia marah, atas sebab apa? Rasanya Zahra sudah berkelakuan sehabis baik di hadapannya.

"Betul ni?" soal Zahra lagi ingin kepastian. Dari wajahnya, tiada pula riak marah yang terpamer.

"Betul sayang," jawab Syed Hadi lembut seraya memandang raut wajah isterinya.

Zahra yang mendengar dua patah perkataan itu menjadi malu-malu. Habis merah pipinya.

Bukannya dia tidak biasa dengan perkataan 'sayang' yang dipanggil oleh Syed Hadi. Cuma malam ini rasanya lain sangat. Seperti ada rama-rama yang sedang berterbangan di dalam perutnya.

Syed Hadi sudah tersenyum sendirian melihat kecomelan isterinya namun cepat-cepat dia sembunyikan.

"Buat macam mana ni?" soal Zahra tiba-tiba untuk menutup keterujaannya.

Jantungnya pula tidak henti-henti mengepam dengan laju. Kalau didengari oleh lelaki itu, semakin bertambahlah malunya nanti.

Syed Hadi mula mengajar satu persatu dengan mudah kerana dia baru sahaja menjawab soalan tersebut di perpustakaan mini milik walidnya.

Sebab itulah dia menghilang selama dua jam lebih dari biliknya.  Dia sanggup menyiapkan kerja sekolah di perpustakaan mini walidnya semata-mata tidak mahu fokusnya diganggu.



Part 'Betul sayang' really made my day!
AAAAA NAK KAWEN!! 😂

DIA ISTERIKUWhere stories live. Discover now