B A B 7

945 44 0
                                    

Malam ini merupakan malam yang paling penat dalam hidupnya selama 17 tahun dia hidup. Walaupun majlis dilangsungkan tidak seperti yang diimpikan, namun letihnya luar biasa. Tipulah kalau dia tidak pernah mengidamkan majlis perkahwinan yang eksklusif. Tapi apakan daya, semuanya sudah ditentukan oleh kuasa yang Maha Esa.

Tuala merah jambu dicapai untuk mandi kerana tubuhnya agak melekit akibat terlalu panas berada dalam persalinan baju kurung lebih kurang empat jam itu.

Kalau ikutkan, memang dia jarang mandi pada waktu begini. Namun, dia terpaksa mandi kerana berasa tidak selesa dengan keadaannya itu. Tambahan pula badannya berbau peluh.

Setelah selesai mandi, dia mengambil telefon pintarnya untuk memeriksa mesej terbaharu.

Kosong.

Nampaknya perkahwinannya dan Syed Hadi tidak diketahui oleh rakan-rakan sekelas mahupun pihak sekolah.

Di kesempatan yang ada ini, dia membuka aplikasi instagram untuk mengikuti perkembangan semasa artis-artis kegemarannya. Tiada apa-apa cerita yang boleh menarik perhatiannya.

Dia terus men'scroll' instagramnya sehingga matanya mulai kuyu.

Bunyi tombol pintu dipulas dari luar mengejutkannya. Pantas dia menarik selimut dan berpura-pura tidur. Malas berhadapan dengan suami terpaksanya itu.

Dia mengintai perlahan-lahan di balik selimut. Tiada kelibat lelaki yang bernama Syed Hadi. Mana dia pergi?

Seketika kemudian, bunyi air di bilik mandi menandakan lelaki itu sedang mandi. Pasti dia berasa tidak selasa juga berada dalam persalinan baju melayu agak lama.

Apabila bunyi pintu bilik mandi mahu dibuka, Zahra mengatup semula matanya. Pura-pura tidur lagi.

Tilam sedikit tenggelam apabila lelaki yang baru menikahinya duduk di sebelahnya.

Aroma tubuhnya menusuk ke hidung Zahra. Wangian yang sangat dikenalinya. Tiba-tiba peristiwa di atas buaian menjengah kotak fikirannya.

Dia menggeleng laju. Untung saja Syed Hadi tidak melihatnya. Kalau tak, wajib kantoi yang dia hanya berpura-pura tidur.

Zahra menukar posisinya daripada mengiring membelakangi suminya kepada terlentang ke hadapan.

Sejujurnya, dia tidak biasa tidur menelentang begini. Namun jika difikirkan kembali, tidak elok bagi seorang isteri tidur membelakangi suaminya.

Mahu tidak mahu, terpaksalah dia tidur menelentang. Tak kan nak menghadap lelaki itu pula. Tapi, apa salahnya?

Sedang hatinya bergaduh dengan otaknya, tiba-tiba dia menerima satu kucupan lembut di dahi. Terkesima seketika. Nasib baik tidak terbuka matanya. Kalau tak, kantoi kuasa dua lah jawabnya!

Otaknya tidak dapat memproses apa-apa maklumat tentang perkara yang baru terjadi itu.

Syed Hadi cium dia? Kenapa? Nak ambil kesempatan? Atau itu cara dia menyemai kasih sayang dan cintanya kepada Zahra?

Persoalannya, cintakah dia kepada isterinya itu? Tapi mustahil! Mereka kenal tidak sampai sebulan pun lagi. Bertemu pun baru beberapa kali sahaja.

Syed Hadi tersenyum pahit. Dia merenung  wajah isterinya itu sedalam-dalamnya.

Dialah wanita yang akan hidup dengannya pada masa hadapan.

Dialah wanita yang bakal mengandungkan dan melahirkan anak dari benihnya kelak.

Dialah wanita yang akan disayangi dan dicintai sepenuh hatinya sehingga hujung nyawanya. Itu janjinya!


Ayyy!
Jangan boring pwease 😪
Do vote and comment 😽

DIA ISTERIKUWhere stories live. Discover now