Cuti seminggu tidak terasa apabila terpaksa menyiapkan apa yang patut untuk majlis perkahwinannya.
Ya, majlis perkahwinan Zahratunnisa.
Walaupun majlis yang akan diadakan hanyalah majlis akad nikah, namun persiapan perlulah lengkap merangkumi semua aspek. Dalam hal ini, Puan Hafizahlah yang paling sibuk.
Zahra mencuri sedikit masa untuk berehat sebentar. Walaupun dia kurang bersetuju dengan cadangan untuk mengahwinkannya dengan anak Pak Cik Syed, dia terpaksa akur kerana itu adalah wasiat daripada arwah ayahnya.
Zahra termenung seketika. Peristiwa ibunya menyatakan wasiat ayahnya pada minggu lepas kembali bermain di kotak fikirannya.
"Rara, ibu nak cakap sikit," ujar Puan Hafizah kepada anaknya yang sedang termenung di sofa.
Sejak kematian suaminya, anak perempuannya itu sering termenung seorang diri. Televisyen pula hanya dibiarkan berceloteh tanpa penonton.
Zahra memandang ibunya tanda memberi perhatian terhadap kata-kata ibunya.
"Arwah ayah ada tinggalkan wasiat khas untuk Rara. Ibu harap Rara dapat terima dengan hati yang terbuka," ujar Puan Hafizah lagi. Tiba-tiba pula rasa berdebar.
"Apa dia, bu?" soal Zahra tertanya-tanya.
"Arwah ayah nak Rara kahwin dengan anak Pak Cik Syed," jelas Puan Hafizah. Sepertinya dia tahu apa yang akan terjadi sebentar lagi.
"Serious lah ibu? Rara muda lagi kut. Sekolah pun belum habis lagi," ujar Zahra cuba menahan amarahnya daripada meletus. Fikir kahwin ni benda main-main ke?
"Ya, ibu tahu. Ayah pun tahu. Ayah buat benda mesti bersebab," ujar Puan Hafizah memujuk anak perempuannya yang seperti singa kelaparan itu.
"Apa sebabnya? Rara dengan Hadi tu baru je kenal. Kalau dia ada niat tak baik macam mana? Kalau dia buat Rara sengsara macam mana? Satu lagi, kalau kawan-kawan Rara tahu masak Rara nanti ibu," soal Zahra bertubi-tubi dengan nafas turun naik.
"Tak Rara. Ayah buat semua ni untuk kebaikan Rara. Abang Rara dah pergi Melaka. Jarang-jarang sangat dia nak balik. Ibu pula dah tua Rara. Siapa nak jaga Rara nanti?" ujar Puan Hafizah sayu.
"So, ibu nak buang Rara? Tak nak jaga Rara dah?" soal Zahra dengan takungan air mata di birai matanya. Tunggu masa saja akan tumpah.
"Bukan macam tu Rara sayang. Please... Ibu merayu sangat-sangat. Sekali ni je sayang... Percayalah, Rara akan bahagia. Ibu percaya yang Hadi mampu jaga dan bimbing Rara menuju kebahagiaan," ujar Puan Hafizah dengan mata berkaca-kaca sambil mengelus lembut tangan anaknya.
Zahra yang seakan-akan terpujuk itu menunduk. Akhirnya tumpah juga air matanya yang bertakung sejak dari tadi. Kesedihannya tidak dapat dibendung lagi.
Mungkin ini saja yang patut dia lakukan untuk membahagiakan ibunya. Dia akur dengan ketentuan Ilahi.
"Rara, jom masuk. Darah manis tak elok duduk kat luar lama-lama," panggil Mak Ngah dari dalam. Mak Ngah merupakan orang yang selalu prihatin terhadap keadaan Zahra selepas ibu dan ayahnya.
Mendengar nasihat tersebut, Zahra bingkas bangun dari tempat duduknya lalu masuk ke dalam rumah untuk mempersiapkan diri.
Maklumlah, Zahra akan dikahwinkan selepas waktu isyak malam ini. Jadi, dia perlu bersiap lebih awal untuk memudahkan urusan jurumekap nanti.
Ayy!
Dah nak kawen dah HOHOHO 🤭
Keep supporting my first story ❤️
Jangan lupa vote 🤭
YOU ARE READING
DIA ISTERIKU
Random[ C O M P L E T E D ] Kehidupan Zahra berubah 70% apabila mendapat tahu yang dia bakal mendirikan rumah tangga seawal usia 17 tahun. Semuanya berlaku gara-gara wasiat tak masuk akal arwah ayahnya. Belajar di kelas sama dengan suaminya bukanlah sesua...