Setelah satu jam berada di dalam kapal terbang kelas ekonomi, pasangan itu tiba di Pulau Langkawi. Udara di sini ternyata jauh lebih segar berbanding udara di kawasan rumahnya yang dikelilingi oleh kilang-kilang.
Mereka berdua kemudiannya menaiki kereta yang disediakan menuju ke rumah penginapan. Keperluan mereka sepanjang bercuti di sini boleh dikatakan 100% disediakan oleh walid Syed Hadi.
Baik kan walid? Jangan angan-angan nak jadi menantu walid sebab walid tak ada anak lain selain Syed Hadi. Kalau nak jadi madu Zahra, minta dekat Zahra sendiri tetapi tiada jaminan untuk kekal hidup lepas berjumpa dengan Zahra ya! Huehue..
Perjalanan yang mengambil masa selama 15 minit itu dihabiskan dengan menikmati pemandangan yang memukau. Sungguh cantik! Setiap tahun bercuti di sini pun tak apa!
Sesampainya di rumah penginapan, Zahra bergegas masuk untuk melihat keadaan biliknya. Terlalu teruja sampai ditinggal beg bagasinya di luar. Nasib baiklah ada suami yang baik hati tolong angkutkan begnya.
Matanya tertumpu pada hiasan katil yang kelihatan romantik itu. Memang betul-betul set honeymoon! Pandai walid pilih.
"Wah cantiknyaaaa!" ujar Zahra setelah menyelak langsir yang menutupi dinding kaca di hadapannya. Pemandangan laut yang terbentang luas di depan matanya benar-benar membuatkannya terkelu. Rasa seperti tidak mahu berkelip kerana tidak mahu terlepas satu saat pun memandang laut biru yang memukau pandangan itu.
Dalam keasyikan memandang keindahan alam itu, tiba-tiba sepasang tangan memeluknya dari belakang. Sudah semestinya tangan Syed Hadi. Takkan tangan driver yang menghantar mereka pula kan. Uish, tachod!
Zahra terganjak sedikit kerana terkejut tetapi dibiarkan sahaja tangan milik suaminya itu memeluknya. Selesa betul bersandar di dada lelaki itu.
"Nak tengok sesuatu yang lebih cantik tak?" soal Syed Hadi tiba-tiba setelah lama mendiamkan diri sambil menikmati pemandangan pantai dari jauh.
"Nak! Dekat mana?" soal Zahra sambil mendongak sedikit untuk memandang wajah Syed Hadi.
"Ni," jawab Syed Hadi tanpa teragak-agak lalu menggeselkan hidungnya dengan hidung Zahra. Aww, sweetnya suami orang!
"Ish, orang tanya betul-betul ni," marah Zahra sambil memukul perlahan lengan suaminya. Alaa, marah-marah manja je.
"Betul lah. Kecantikan bidadari abang ni tak ada tandingan. Dah lah cantik, comel, lepas tu manja pulak tu. Memang confirm tak cari lain dah," ujar Syed Hadi ikhlas. Melepas gais! Dia dah tak nak orang lain.
Zahra pun macam biasalah. Merah habis pipi gebunya apabila mendengar pujian daripada mulut suaminya. Rasanya ini kali pertama Syed Hadi memujinya melambung-lambung. Ada nak sesuatu ke?
* * * * * *
"Abang dah lewat subuh!" laung Zahra dari bilik air setelah siap mandi. Orang perempuan kalau mandi pagi-pagi ni faham-fahamlah anak-anak. Yang bawah umur buat-buat faham je. Uhuk!
Syed Hadi yang masih nyenyak tidur bingkas bangun lalu bergegas ke bilik air. Tidak pernah dia terlewat untuk subuh sebelum ini. Mungkin terlalu penat melakukan perkara-perkara yang sepatutnya. Termasuk usaha menambahkan keturunan Syed yang dilakukan malam tadi bersama-sama isterinya.
Sementara itu, Zahra menyiapkan diri dengan memakai telekung dan membentang sejadah mengikut arah kiblat yang telah ditunjukkan dengan anak panah yang ditampal pada dinding bilik itu. Masih sempat lagi solat subuh berjemaah seperti biasa.
Sementara menunggu Syed Hadi bersiap, bayangan malam pertama mereka tiba-tiba kembali di layar fikirannya namun sedaya upaya cuba ditepisnya bayangan itu. Pipinya kembali memerah. Nakal betul otak Nur Zahratunnisa sekarang. Risau kadang-kadang!
Korang jangan bayang lebih² tau!
Bahaya HAHAHAVote cerita ni sendu je gais 🤧
Tolong vote sikit sorang supaya tak sendu lagi 😜
YOU ARE READING
DIA ISTERIKU
Random[ C O M P L E T E D ] Kehidupan Zahra berubah 70% apabila mendapat tahu yang dia bakal mendirikan rumah tangga seawal usia 17 tahun. Semuanya berlaku gara-gara wasiat tak masuk akal arwah ayahnya. Belajar di kelas sama dengan suaminya bukanlah sesua...